Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

PENUNJUK EKONOMI

EKONOMI MALAYSIA SEPINTAS LALU
Kulit-EMSL-2012

Muka Surat

53

HargaRM5.00

Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu dikeluarkan bulanan dengan tujuan untuk memberi gambaran ekonomi negara secara ringkas dalam bentuk jadual dan graf, bagi tahun-tahun terkini.

Maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti berikut:

  • Kadar Pertumbuhan Ekonomi (KDNK dan PNK)
  • Imbangan Pembayaran - Akaun Semasa
  • Hutang Luar Negeri dan Rizab Bersih Antarabangsa
  • Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
  • Perdagangan Luar Negeri
  • Guna Tenaga
  • Indeks Pengeluaran Perindustrian
  • Indeks Harga Pengguna
  • Indeks Harga Pengeluar
  • Kadar Pertukaran Ringgit Malaysia

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

PENUNJUK EKONOMI MALAYSIA : INDEKS PELOPOR, SERENTAK & SUSULAN

Muka Surat

23

HargaRM5.00

Penerbitan ini dikeluarkan bulanan bermula dari keluaran pertama untuk data bulan November 2000. Sistem Penunjuk Ekonomi adalah direkabentuk untuk memberi isyarat kepada perubahan yang akan berlaku kepada haluan keseluruhan aktiviti ekonomi serta membantu menganalisis prospek ekonomi jangka-pendek. Sistem yang sedang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merangkumi satu set indeks serentak, pelopor dan susulan.

Indeks Serentak digunakan sebagai penunjuk proksi untuk aktiviti ekonomi agregat negara.

Indeks Pelopor memberi isyarat awal bagi hala tuju ekonomi. Indeks Pelopor merangkumi pelbagai siri ekonomi yang mana secara konsisten mempelopori Indeks Serentak dengan beberapa bulan. Indeks Susulan, sebaliknya, digunakan untuk mengesahkan segala yang berlaku ke atas ekonomi. Indeks ini menyukat prestasi pergerakan kitaran oleh indeks pelopor dan serentak. Semua siri masa yang digunakan untuk penyusunan indeks-indeks adalah terlaras bermusim untuk meratakan variasi di antara bulan berdasarkan kepada perbezaan bilangan hari bekerja atau hari berniaga dalam setiap bulan. Bagi penunjuk pelopor komposit, siri terlaras bermusim adalah diratakan lagi untuk menghasilkan penganggaran yang lebih baik tentang penentuan arah aliran ekonomi.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

LAPORAN PENYIASATAN KECENDERUNGAN PERNIAGAAN, MALAYSIA
bts_Q112
Muka Surat

51

HargaRM15.00

Penerbitan ini mengandungi perangkaan bagi pelbagai sektor ekonomi di Malaysia berdasarkan data yang diperoleh daripada Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan, Suku Tahunan.

Laporan ini menyediakan penunjuk kualitatif tentang hasil bagi tiga bulan yang lepas dan jangkaan bagi tiga dan enam bulan akan datang. Konsep perakaunan yang dikenali sebagai "imbangan bersih" telah digunakan dalam menganalisis hasil penyiasatan ini.

Jadual-jadual perangkaan yang terperinci dimuatkan dalam laporan ini bagi membolehkan pengguna menganalisis keadaan perniagaan semasa dan meramal pembangunan ekonomi jangka pendek di Malaysia. Nota penerangan tentang kaedah, konsep, soal selidik, pungutan data dan sebagainya diberi untuk memudahkan kefahaman pengguna.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

PENYIASATAN JANGKAAN PERNIAGAAN BAGI SYARIKAT-SYARIKAT BERHAD, MALAYSIA
jpernigaan

Muka Surat

30

HargaRM10.00

Data yang dibentangkan dalam laporan ini adalah berdasarkan maklumat yang dipungut daripada Penyiasatan Jangkaan Perniagaan (PJP) separuh tahunan. PJP meliputi syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad yang besar bagi setiap sektor ekonomi yang diklasifikasi mengikut Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia 2000.

Sektor yang diliputi ialah Pertanian dan Perhutanan, Perlombongan dan Elektrik, Pembuatan, Pembinaan, Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Hotel, Pengangkutan dan Komunikasi, Pengantaraan Kewangan dan Aktiviti Hartanah dan Perniagaan.

Tujuan utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat mengenai tren ekonomi semasa dan masa depan di Malaysia. Data yang dipungut membolehkan penggubal dasar dan golongan peniaga mengawasi prestasi semasa sektor korporat dan pada masa yang sama memberi gambaran tentang jangkaan jangka pendek sektor tersebut.

Maklumat yang dipungut dan diterbitkan dalam laporan ini termasuk hasil kasar, perbelanjaan modal, guna tenaga, kekangan dan paras output/operasi.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

PERANGKAAN EKONOMI MALAYSIA - SIRI MASA
siri_masa_eko_2011
Muka Surat

227

HargaRM40.00

Perangkaan Ekonomi Malaysia – Siri Masa , memuatkan maklumat terperinci berkaitan akaun negara, imbangan pembayaran, perdagangan luar negeri, pertanian, pembuatan, pembinaan, perlombongan, guna tenaga dan kependudukan. Laporan ini juga mengandungi semua data retrospektif seawal yang ada bagi setiap bidang subjek di samping mengambil pertimbangan perbandingan antara tempoh bagi siri data.

 

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

AKAUN PENGAGIHAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN DAN AKAUN MODAL, MALAYSIA
APPPAM_2006-2008
Muka Surat

79

HargaRM20.00

Penerbitan Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal ini memberi gambaran yang komprehensif tentang penunjuk ekonomi makro berkaitan pendapatan, tabungan, pelaburan dan pemberian pinjaman bersih/penerimaan pinjaman bersih bagi setiap sektor institusi dalam ekonomi untuk tahun rujukan 2006 hingga 2008.

Penerbitan ini menyediakan jujukan akaun yang terdiri daripada lima akaun utama iaitu akaun pengeluaran, akaun pengagihan pendapatan utama, akaun pengagihan pendapatan sekunder, akaun penggunaan pendapatan dan akaun modal. Penyusunan Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal adalah berdasarkan kepada saranan yang digariskan dalam System of National Account 1993.

Bagi memudahkan pemahaman pengguna, penerbitan ini turut menyediakan nota teknikal yang meliputi skop, metodologi serta definisi bagi setiap elemen yang terkandung dalam Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal. Perincian akaun turut dimuatkan di bahagian akhir penerbitan ini.

 

 

JADUAL INPUT - OUTPUT, MALAYSIA 2005


Muka Surat

215

HargaRM40.00
Jadual Input-Output (I-O) ialah akaun lengkap dan terperinci berkaitan transaksi pengeluaran dan penggunaan barang-barang dan perkhidmatan antara pengeluar dan pengguna serta saling bergantungan antara industri dalam pasaran. Jadual I-O merupakan hasil pengumpulan data yang sistematik, penilaian dan penyusunan sejumlah besar maklumat statistik berkenaan pengeluaran dan penggunaan yang meliputi seluruh bidang ekonomi. Dalam penyusunan jadual I-O, semua nilai diimbang antara penawaran dan permintaan oleh sektor industri bagi memastikan ketepatannya.

Maklumat di dalam jadual I-O Malaysia boleh digunakan untuk analisis impak ekonomi seperti pengganda output, pangganda nilai ditambah, pengganda import serta rantaian ekonomi. Jabatan Perangkaan Malaysia telah menerbitkan sebanyak enam set jadual I-O Malaysia iaitu bagi tahun rujukan 1978, 1983, 1987, 1991, 2000 dan 2005. Jadual I-O terkini dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ialah bagi tahun rujukan 2005 menggunakan konsep dan definisi berasaskan kepada System of National Accounts (SNA), 1993 dan Handbook of Input-Output Table Compilation and Analysis (1999) yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.






JADUAL INPUT - OUTPUT, MALAYSIA 2005 (JILID 2)


Muka Surat

677

HargaRM80.00
Jadual Input-Output bagi tahun 2005 diterbitkan dalam dua siri penerbitan. Jadual Input-Output 2005 (Jilid 2), merupakan kesinambungan daripada penerbitan pertama yang memuatkan enam lagi Jadual Asas dan 13 Jadual Simetri.

Bagi penerbitan ini, Jadual Asas mengandungi maklumat cukai komoditi, margin perdagangan dan margin pengangkutan komoditi mengikut aktiviti bagi domestik dan import.  Manakala Jadual Simetri mengandungi maklumat cukai komoditi, margin perdagangan dan margin pengangkutan bagi matriks serapan, pekali input dan matriks songsang komoditi mengikut komoditi.  Di samping itu, Jadual Simetri juga turut memuatkan matriks serapan, pekali input dan matriks songsang aktiviti mengikut aktiviti.  Jadual ini digunakan sebagai asas untuk melihat kesalingbergantungan antara sektor pengeluaran, kesan kepada polisi ekonomi dan juga untuk tujuan ramalan.
You are here