Chinese Simplified (Google Translate)   
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change blue theme

Career

Sebarang permohonan untuk berkhidmat di Jabatan ini atau di dalam mana-mana perkhidmatan awam boleh dibuat dengan mengisi borang SPA8i yang boleh diperolehi di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Sila layari www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut dan memohon secara online.


A) Jawatan : Perangkawan Gred E41

Kod Skim : 1870
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual Gaji :
P1T1 RM1693.06 - P1T27 RM4643.06
P2T1 RM1787.68 - P2T27 RM4921.33
P3T1 RM1886.48 - P3T27 RM5223.40


Syarat Lantikan:

  1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji Permulaan ialah pada Gred E41: P1T3]; atau

  2. Associateship Institute of Statisticians London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T3]; atau

  3. Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T7]; dan

  4. Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Perangkawan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di atas; atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.



B) Jawatan : Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27


Kod Skim : 2873
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual Gaji :
P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

 

Syarat Lantikan:

  1. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    [Gaji Permulaan ialah pada Gred E27: P1T1]; atau

  2. Diploma dalam bidang ekonomi atau statistik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T5]; dan

  3. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perangkaan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di atas; atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisisan data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.



C) Jawatan : Pembantu Perangkaan Gred E17


Kod Skim : 3427
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

 

Syarat Lantikan:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

  2. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.



Latihan Industri

  1. Permohonan untuk menjalani latihan terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia sahaja. Bilangan penempatan untuk latihan adalah terhad dan mengikut keperluan.
  2. Syarat kelulusan adalah di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah dalam bidang perangkaan, ekonomi, matematik atau teknologi maklumat.
  3. Pelajar perlu menghantar permohonan disertai dengan resume dan surat sokongan daripada pihak kolej/universiti ke Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum latihan bermula.
  4. Tiada sebarang elaun dibayar sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan di Jabatan ini.
  5. Pelajar perlu menghantar satu salinan Laporan Latihan Industri kepada Jabatan setelah tamat latihan.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Pengarah,
Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 7, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514 Putrajaya.
Faks: 03 - 8888 9248
Emel:
jpbkkp@stats.gov.my

Atas





You are here: