Alam sekitar
| |||||
![]()
| Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Objektif utama laporan ini adalah untuk membentangkan data berkaitan alam sekitar, impak aktiviti manusia ke atas alam sekitar dan langkah yang diambil untuk mengurangkan impak tersebut.Sebagaimana terbitan yang terdahulu, laporan ini memfokuskan maklumat alam sekitar mengikut empat isu utama alam sekitar iaitu Udara/Atmosfera, Alam Sekitar Air/Akuatik (Darat dan Marin), Tanah/Alam Sekitar Terestrial dan Alam Sekitar Bandar/Penempatan Penduduk.
| ||||
| |||||
![]()
| Laporan ini membentangkan perangkaan perbelanjaan perlindungan alam sekitar bagi tahun rujukan 2008. Ia berdasarkan data yang dikumpul daripada Penyiasatan Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar yang dijalankan pada tahun 2009. Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan data berkaitan perbelanjaan perniagaan untuk perlindungan alam sekitar bagi sector pertanian, perlombongan & pengkuarian, elektrik, pembuatan, pengangkutan dan pembinaan serta subsector kenderaan bermotor & motosikal bagi perdagangan edaran. Penyiasatan ini merupakan sebahagian daripada usaha yang dijalankan oleh Jabatan dalam mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyebarkan statistik alam sekitar. Penemuan utama daripada penyiasatan dan jadual perangkaan yang berkaitan dimuatkan dalam laporan ini. Nota teknikal yang menerangkan skop dan liputan, reka bentuk pensampelan, definisi dan konsep yang digunakan juga disediakan bagi membolehkan pengguna membuat rujukan.
| ||||





