dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme


PENDUDUK DAN DEMOGRAFI

ORANG ASLI DI SEMENANJUNG MALAYSIA – SIRI MONOGRAF NO.3


Muka Surat

60

Harga
RM30.00

Siri monograf ini diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan bertujuan untuk membekalkan para pengguna dengan hasil kerja penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan. Keluaran ini bertajuk Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan keluaran ketiga dalam siri ini yang berasaskan data daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000.

Laporan ini memuatkan maklumat mengenai Orang Asli di Semenanjung Malaysia sebagai satu segmen penduduk yang unik. Oleh kerana Orang Asli telah dikenal pasti sebagai kumpulan sasaran secara khusus dalam perancangan pembangunan dan polisi, kajian yang dihasilkan ini adalah penting dan relevan. Laporan ini bukan sahaja berguna kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli malah untuk para perancang dan penyelidik. Laporan ini membentangkan ciri-ciri demografi, sosial dan latar belakang ekonomi komuniti tersebut dan memberikan gambaran perbandingan dengan tahun-tahun banci yang lalu, di mana-mana yang mungkin.

Pesanan dan Pembelian

 

PROFIL PENDUDUK MENGIKUT KAWASAN PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI, MALAYSIA


Muka Surat

88

Harga
RM15.00

Penerbitan bertajuk Profil Penduduk Mengikut Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Malaysia, 2000 membekalkan data penduduk di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ini adalah laporan pertama seumpamanya yang diterbitkan oleh Jabatan.

Laporan ini mengandungi maklumat berkaitan bilangan penduduk dan beberapa ciri demografi seperti jantina, kumpulan etnik dan agama. Unjuran penduduk dari tahun 2006 - 2009 mengikut bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri juga dimasukkan dalam laporan ini.

Dalam penerbitan ini data disusun mengikut 219 bahagian pilihan raya Parlimen dan 567 bahagian pilihan raya Negeri yang wujud semasa pilihan raya umum 2004. Pembentukan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dibuat melalui proses kajian dan persempadanan semula seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, pertambahan dan perubahan pada bahagian-bahagian pilihan raya di negeri Sarawak melalui proses persempadanan semula bagi mengadakan pilihan raya negeri pada Mei 2006 tidak dimasukkan dalam laporan ini.

Pesanan dan Pembelian

 

PERBANDARAN DAN PERTUMBUHAN BANDAR DI MALAYSIA - SIRI MONOGRAF NO. 4


Muka Surat

93

HargaRM30.00

Penerbitan ini, Perbandaran dan Pertumbuhan Bandar di Malaysia membentangkan beberapa penemuan pertumbuhan penduduk di kawasan-kawasan bandar di Malaysia. Komponen pertumbuhan penduduk di Malaysia seperti ditunjukkan dalam data menyumbang kepada pemahaman yang lebih jelas berkaitan proses yang menyumbang kepada kadar perbandaran pesat yang dialami di Malaysia. Kajian ke atas perbandaran dan pertumbuhan bandar juga dapat memberikan input penting kepada pelbagai aspek penggubalan dasar dan perancangan bandar. Satu analisis dibuat tentang perbandaran dan pertumbuhan bandar di Malaysia berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan 1980, 1991 dan 2000. Pertumbuhan penduduk bagi kawasan-kawasan bandar di beberapa negeri serta kawasan metropolitan utama terpilih juga dibentangkan.

Pesanan dan Pembelian

 

DATA SIRI MASA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN


Muka Surat

75

HargaRM10.00

Penerbitan ini, Data Siri Masa Banci Penduduk dan Perumahan, 1911-2000 menyediakan data siri masa dari tahun 1911 hingga 2000 dan disusun daripada penerbitan banci terdahulu dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta bagi memudahkan pengguna membuat rujukan.

Maklumat yang diterbitkan tertumpu kepada jumlah penduduk mengikut tahun, jantina, kumpulan umur, kumpulan etnik, taraf perkahwinan, strata, pekerjaan, industri, pendidikan dan maklumat penduduk yang berkaitan.

Pesanan dan Pembelian

 

MIGRASI DALAMAN DI MALAYSIA - SIRI MONOGRAF NO. 2


Muka Surat

112

HargaRM35.00

Penerbitan ini, Migrasi Dalaman di Malaysia membentangkan penemuan terhadap magnitud dan pola migrasi dalaman di Malaysia yang memberikan kefahaman tentang pertaliannya dengan perubahan saiz dan struktur penduduk di peringkat sub-nasional. Penemuan dalam laporan ini juga telah dibandingkan dengan data penyiasatan mengikut masa untuk memberikan penunjuk arah aliran migrasi, khasnya bagi pergerakan antara negeri.

Pesanan dan Pembelian

 

LAPORAN AM BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA


Muka Surat

245

HargaRM50.00

Penerbitan ini, Laporan Am Banci Penduduk dan Perumahan 2000 mengandungi jadual-jadual penting yang dijana serta penemuan penting mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga dimuatkan dalam laporan ini.

Pesanan dan Pembelian

 

ALIRAN PENUAAN PENDUDUK DI MALAYSIA - SIRI MONOGRAF NO. 1


Muka Surat

123

HargaRM35.00

Penerbitan ini, Aliran Penuaan Penduduk di Malaysia membentangkan penemuan tentang arah aliran penuaan penduduk dan memberikan gambaran tentang ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi warga tua. Perubahan yang berlaku antara dua banci dan tiga dekad yang lalu serta corak persediaan kehidupan warga tua juga turut dipersembahkan.

Pesanan dan Pembelian

 

ATLAS BANCI, MALAYSIA


Muka Surat

95

Harga
RM60.00

Atlas ini terbahagi kepada tiga seksyen. Seksyen A (Pengenalan) memberikan secara terperinci tentang konsep dan teknik berkaitan dengan pemetaan dan kartografi. Seksyen B menunjukkan enam pembolehubah asas demografi dipetakan di peringkat negeri. Seksyen terakhir, Seksyen C adalah berkaitan dengan taburan dan struktur penduduk, isi rumah dan unit perumahan pada peringkat daerah pentadbiran.

Pesanan dan Pembelian

 

CIRI-CIRI ISI RUMAH


Muka Surat

265

HargaRM25.00

Penerbitan ini, Ciri-ciri Isi Rumah mengandungi maklumat tentang bilangan isi rumah persendirian dan institusi, penduduk mengikut pertalian kepada ketua isi rumah, ketua isi rumah mengikut umur, saiz purata isi rumah, jenis isi rumah, kemudahan peralatan isi rumah dan pemilikan rumah.

Pesanan dan Pembelian

 

MIGRASI DAN TABURAN PENDUDUK


Muka Surat

247

HargaRM50.00

Penerbitan ini, Migrasi dan Taburan Penduduk mengandungi maklumat tentang penduduk mengikut tempat lahir, penduduk mengikut tempat tinggal biasa sekarang dan tempat tinggal biasa 5 tahun dahulu dan penduduk bukan warganegara mengikut kewarganegaraan.

Pesanan dan Pembelian

 

CIRI-CIRI EKONOMI PENDUDUK


Muka Surat

644

HargaRM45.00

Penerbitan ini, Ciri-Ciri Ekonomi Penduduk mengandungi maklumat tentang taburan penduduk pekerja berumur 15 - 64 tahun mengikut pekerjaan dan industri serta taraf guna tenaga.

Pesanan dan Pembelian

 

CIRI-CIRI TEMPAT KEDIAMAN


Muka Surat

197

HargaRM40.00

Laporan ini memuatkan data jumlah stok tempat kediaman, jenis tempat kediaman, bahan binaan dinding luar, pemilikan dan kemudahan asas perumahan. Data tersebut adalah berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dan ianya memberi satu tanda aras yang penting dalam membuat analisis aspek kuantitatif dan kualitatif keadaan perumahan di Malaysia.

Pesanan dan Pembelian

 

CIRI-CIRI PENDIDIKAN DAN SOSIAL PENDUDUK


Muka Surat

592

HargaRM50.00

Laporan ini memuatkan data penduduk mengikut ciri-ciri pendidikan seperti kadar literasi dan celik komputer, kehadiran sekolah, peringkat pendidikan tertinggi dan kelayakan tertinggi yang diperoleh. Laporan ini juga memuatkan ciri-ciri sosial iaitu taraf perkahwinan penduduk.

Pesanan dan Pembelian

 

TABURAN PENDUDUK MENGIKUT KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN MUKIM
pbt_mukim_2011

Muka Surat

493

HargaRM35.00

Penerbitan ini memuatkan data tentang taburan penduduk mengikut kumpulan etnik, kumpulan umur dan jantina serta jumlah isi rumah dan tempat kediaman pada peringkat kawasan pihak berkuasa tempatan, mukim dan daerah pentadbiran. Angka-angka di dalam penerbitan ini adalah merupakan data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang tidak disesuaikan dengan kadar kurang penghitungan.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

TABURAN PENDUDUK DAN CIRI-CIRI ASAS DEMOGRAFI


Muka Surat

140

Harga
RM25.00

Penerbitan ini, Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi meliputi maklumat ciri-ciri asas demografi seperti taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama, pada peringkat nasional dan negeri. Penerbitan ini dan laporan-laporan berikutnya akan berdasarkan kepada penjanaan data muktamad melalui komputer. Setiap laporan ini akan tertumpu kepada topik-topik terpilih seperti pendidikan, migrasi, ciri-ciri sosial, ciri-ciri ekonomi serta maklumat isi rumah dan tempat kediaman. Di samping laporan-laporan ini, kajian analisis ke atas beberapa topik tertentu akan juga diterbitkan.

Pesanan dan Pembelian

  Muat Turun Percuma

 

LAPORAN KIRAAN PERMULAAN BAGI KAWASAN BANDAR & LUAR BANDAR


Muka Surat

116

Harga
RM25.00

Penerbitan ini, Laporan Kiraan Permulaan Bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar menunjukkan jumlah kiraan tempat kediaman, isi rumah dan penduduk di peringkat negeri dan daerah pentadbiran dengan pembahagian mengikut kawasan bandar dan luar bandar. Satu jadual untuk Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan juga dimasukkan.

Pesanan dan Pembelian

PERANGKAAN PENTING MALAYSIA (EDISI KHAS) 2001 - 2006


Muka Surat

560

HargaRM60.00

Laporan Perangkaan Penting Malaysia Edisi Khas, 2001-2006 menyediakan data anggaran penduduk, perangkaan kelahiran dan kematian bagi tahun 2001 hingga 2006 di peringkat negeri dan daerah pentadbiran. Data adalah meliputi angka muktamad bagi tahun 2001-2004 serta angka permulaan bagi tahun 2005 dan 2006. Indikator demografi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar kesuburan turut dimuatkan dalam penerbitan ini. Anggaran penduduk yang digunakan dalam pengiraan indikator ini adalah berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 2000 yang telah disesuaikan untuk kurang penghitungan. Jadual-jadual terpilih mengikut kumpulan etnik, umur dan jantina juga disediakan.

Pesanan dan Pembelian

 

PERANGKAAN PENTING MALAYSIA 2010
vital_statistics_2009

Muka Surat

212

HargaRM35.00

Laporan Perangkaan Penting Malaysia, 2010 menyediakan perangkaan kelahiran dan kematian bagi tahun 2009 (muktamad) dan 2010 (permulaan) di peringkat negeri dan daerah pentadbiran. Indikator demografi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar kesuburan turut dimuatkan dalam laporan ini. Anggaran penduduk yang digunakan dalam pengiraan indikator ini adalah berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 2000 yang telah disesuaikan untuk kurang penghitungan kerana anggaran penduduk pertengahan tahun berdasarkan Banci 2010 masih dalam penyediaan. Jadual terpilih mengikut kumpulan etnik, umur dan jantina juga disediakan.

Perangkaan penting merupakan komponen utama yang digunakan dalam pembentukan dasar di peringkat negara dan antarabangsa. Maklumat berkaitan penduduk, kesuburan dan mortaliti adalah berguna bagi perancangan dasar dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pembangunan sumber manusia di Malaysia.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

SIRI MASA PERANGKAAN PENTING, MALAYSIA 1963 - 1998


Muka Surat

309

HargaRM60.00

Penerbitan ini bertujuan membekalkan pengguna dengan satu set maklumat siri masa yang menggambarkan perubahan-perubahan dalam struktur kependudukan dan perangkaan demografi antara tahun 1963 hingga 1998 di peringkat Malaysia, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Maklumat yang dipersembahkan dalam penerbitan ini termasuk data tentang anggaran penduduk, kelahiran hidup, kematian, kesuburan, kelahiran mati dan kadar masing-masing, di mana dapat diperoleh. Termasuk juga data tentang jangkaan hayat ketika lahir.

Pesanan dan Pembelian

 

SIRI MASA PERANGKAAN PENTING, MALAYSIA 1991 - 1999


Muka Surat

219

HargaRM30.00

Laporan ini membentangkan maklumat siri masa kependudukan dan perangkaan demografi bagi tahun 1991-1999 pada peringkat Malaysia, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara maklumat yang terkandung dalam laporan ini ialah anggaran penduduk, kelahiran, kematian dan kadar masing-masing. Data jangkaan hayat ketika lahir turut dimasukkan di peringkat Malaysia dan Semenanjung Malaysia. Semua maklumat ini dipetik daripada laporan tahunan Perangkaan Penting Malaysia,

Jadual Hayat Ringkas, Negeri/Strata, Malaysia, 1992-1999 dan Kajian Semula Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun Antara Banci Mengikut negeri.

 

Pesanan dan Pembelian

 

 

JADUAL HAYAT RINGKAS NEGERI / STRATA, MALAYSIA 1992 - 1999


Muka Surat

301

HargaRM30.00

Laporan Jadual Hayat Ringkas Negeri / Strata, Malaysia, 1992-1999 ini adalah pertama kali diterbitkan dan menggunakan input daripada Anggaran Penduduk Antara Banci yang telah dikaji semula. Laporan ini memaparkan satu siri jadual hayat untuk tahun-tahun antara banci berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 1991 dan 2000.

Jadual hayat yang dijana adalah berasaskan kepada data kematian yang diperoleh daripada salinan sijil kematian yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jadual hayat disusun menggunakan kadar mortaliti umur tertentu dan hasilnya digunakan untuk mengukur mortaliti, nisbah ketakatan dan jangkaan hayat. Jangkaan hayat ketika lahir digunakan secara meluas untuk mengukur paras keseluruhan mortaliti penduduk manakala nisbah ketakatan digunakan dalam penyediaan anggaran dan unjuran penduduk. Jadual hayat dalam laporan ini disediakan mengikut pecahan umur dan jantina di peringkat negeri serta pecahan umur, kumpulan etnik, jantina dan strata pada peringkat Malaysia.

Jadual hayat sangat berfaedah kepada para penyelidik yang terlibat dalam kajian demografi dan juga perancang dalam bidang kependudukan dan kesihatan. Ianya digunakan sebagai input atau penunjuk utama dalam menilai prestasi sistem kesihatan sesebuah negara.

Pesanan dan Pembelian

 

JADUAL HAYAT RINGKAS MALAYSIA, 2008 - 2010


Muka Surat

170

HargaRM20.00

Laporan ini membentangkan jadual hayat di peringkat Malaysia bagi tahun 2008 - 2010. Jadual hayat yang disediakan membekalkan anggaran jangkaan hayat mengikut negeri, umur, kumpulan etnik dan jantina berasaskan kepada kadar mortaliti pada umur tertentu. Di samping itu, maklumat berkaitan kebarangkalian mati dan nisbah ketakatan turut dimuatkan di dalam laporan ini. Data mortaliti yang digunakan diperoleh daripada rekod kematian yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Pesanan dan Pembelian

  Muat Turun Percuma

 

JADUAL HAYAT RINGKAS MALAYSIA, 2006 - 2008


Muka Surat

72

HargaRM20.00

Laporan ini membentangkan jadual hayat di peringkat Malaysia bagi tahun 2006 - 2008. Jadual hayat yang disediakan membekalkan anggaran jangkaan hayat mengikut negeri, umur, kumpulan etnik dan jantina berasaskan kepada kadar mortaliti pada umur tertentu. Di samping itu, maklumat berkaitan kebarangkalian mati dan nisbah ketakatan turut dimuatkan di dalam laporan ini. Data mortaliti yang digunakan diperoleh daripada rekod kematian yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Pesanan dan Pembelian

 

 

KAJIAN SEMULA ANGGARAN PENDUDUK PERTENGAHAN TAHUN ANTARA BANCI MENGIKUT NEGERI, MALAYSIA 1992 - 1999


Muka Surat

236

HargaRM30.00

Laporan ini membentangkan kajian semula anggaran penduduk untuk jangka masa antara banci, iaitu bagi tahun 1992 hingga 1999. Ia bertujuan membekalkan satu siri anggaran penduduk dan kadar demografi yang konsisten untuk tahun-tahun antara banci berasaskan data Banci Penduduk dan Perumahan 1991 dan 2000. Data disediakan mengikut pecahan kumpulan umur, jantina dan kumpulan etnik di peringkat negeri dan nasional.

Anggaran ini dijana menggunakan input daripada pertambahan semula jadi, iaitu, lebihan kelahiran setelah ditolak kematian dan tidak mengambil kira faktor migrasi. Oleh yang demikian, wujudlah ketidaksinambungan di dalam trend anggaran penduduk pertengahan tahun yang disediakan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2000 yang telah dijalankan. Maka, penyesuaian anggaran penduduk seperti yang dihasilkan dalam laporan ini adalah diperlukan.

Pesanan dan Pembelian
You are here