Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau
Keluaran Statistik Terkini

Statistik Akaun Negara Muktamad, 2005 (Kemas kini: 09/06/2010)


PENEMUAN

1. Pendahuluan

Statistik Akaun Negara Muktamad (SANM) 2005 menyediakan tanda aras baru bagi perangkaan ekonomi Malaysia. Penanda arasan ini merangkumi statistik yang digunakan untuk tujuan pengasasan semula Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Indeks Harga Pengeluar (IHP).

Penyusunan yang terperinci dan lengkap liputan berdasarkan aliran komoditi, lazimnya dijadikan asas menyemak semula penyusunan KDNK berasaskan akaun negara muktamad terdahulu. Ini adalah kerana aliran komoditi memberikan anggaran yang lebih tepat disebabkan pengeluar dan pengguna akhir bagi setiap komoditi dapat ditentu sahkan berdasarkan maklumat penawaran dan permintaan. Selain itu, ia disusun berasaskan data muktamad yang diperoleh daripada banci dan rekod pentadbiran bagi semua industri di Malaysia. Oleh itu, penanda arasan oleh SANM merupakan semakan semula kepada struktur statistik ekonomi yang lebih tepat pada tahun 2005.

Penyusunan SANM 2005 telah mematuhi konsep dan saranan The System of National Accounts 1993 (SNA93). Manakala penyusunan SANM 2000 adalah gabungan konsep SNA68 dan SNA93. SANM telah disusun bagi tahun 1971, 1973, 1978, 1983, 1987 dan 1991, yang mana penyusunan tersebut adalah berdasarkan konsep SNA68.


2. Ekonomi Malaysia 2005

Ekonomi Malaysia pada tahun 2005 telah dianggarkan sebanyak RM540 bilion sepertimana yang dapat dilihat dalam nilai KDNK pada harga pembeli. SANM membolehkan KDNK disusun mengikut tiga pendekatan iaitu pengeluaran, perbelanjaan dan pendapatan seperti yang ditunjukkan di Jadual A di bawah:

Jadual A : Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Berdasarkan Penyusunan Akaun Negara Muktamad Pada Harga Semasa RM (Juta) : 1971-2005



2.1 KDNK Kaedah Pengeluaran

Secara keseluruhan, bagi tempoh lima tahun 2000 sehingga 2005 KDNK telah meningkat sebanyak 8.8 peratus setiap tahun pada harga semasa. Berdasarkan pendekatan pengeluaran nilai ditambah, purata pertumbuhan tahunan bagi setiap sektor meningkat dari 1.4 peratus hingga 13.9 peratus seperti yang ditunjukkan di Jadual B. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian menunjukkan pertumbuhan yang tertinggi sepanjang tempoh lima tahun iaitu sebanyak 13.9 peratus diikuti oleh Sektor Perkhidmatan sebanyak 11.1 peratus. Sementara itu, Sektor Pembinaan mencatatkan pertumbuhan kecil sebanyak 1.4 peratus.

Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan berterusan memberi sumbangan yang signifikan kepada KDNK masing-masing sebanyak 46.1 peratus dan 28.0 peratus masing-masing seperti yang ditunjukkan di Jadual C.

Jadual B : Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan 2000-2005 mengikut Kaedah Pengeluaran

Jadual C : KDNK mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi Berdasarkan Penyusunan SANM (1971-2005) Peratus Sumbangan kepada KDNK

2.2 KDNK Kaedah Perbelanjaan

Perbelanjaan Akhir Domestik merangkumi Perbelanjaan Penggunaan Akhir Kerajaan dan Perbelanjaan Penggunaan Akhir Persendirian menunjukkan pertumbuhan tertinggi berbanding komponen lain bagi tempoh lima tahun seperti yang ditunjukkan di Jadual D. Bagi tahun 2005, Perbelanjaan Penggunaan Akhir Persendirian merekodkan peratus sumbangan yang lebih tinggi iaitu 12.1 peratus berbanding tahun 2000 (10.3 peratus). Perbelanjaan Penggunaan Akhir Kerajaan mencatatkan pertumbuhan tertinggi diikuti oleh Perbelanjaan Penggunaan Akhir Persendirian.

Ekonomi pada tahun 2005 diterajui oleh permintaan domestik iaitu sebanyak 77.6 peratus seperti yang ditunjukkan di Jadual E. Perbelanjaan Penggunaan Akhir Persendirian pada tahun 2005 berjumlah hampir RM236 bilion. Eksport menunjukkan lebihan dagangan sebanyak RM119 bilion. Imbangan pembayaran sektor luaran juga mencatatkan pertumbuhan yang tinggi iaitu sebanyak 11.7 peratus. Pertumbuhan ini dibantu oleh kepesatan pertumbuhan eksport. Dengan itu, Imbangan Barang dan Perkhidmatan menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2005.

Jadual D : Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan 2000-2005 mengikut Kaedah Perbelanjaan

Jadual E : Perbelanjaan Atas KDNK mengikut jenis Perbelanjaan Berdasarkan Penyusunan SANM (1971-2005)



2.3 KDNK Kaedah Pendapatan

Dari perspektif pendekatan pendapatan, Lebihan Kendalian Kasar mencatatkan RM363 bilion atau 67.1 peratus daripada KDNK pada tahun 2005. Sementara itu, Pampasan Pekerja mencatatkan sejumlah RM151 bilion dan Cukai tolak Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import pula adalah sebanyak RM26 bilion, masing-masing menyumbang sebanyak 28.0 peratus dan 4.9 peratus seperti yang ditunjukkan di Jadual F dan G.

Lebihan Kendalian Kasar menunjukkan arah aliran yang meningkat pada tahun 2005, manakala Pampasan Pekerja iaitu faktor pulangan kepada buruh secara umumnya menunjukkan arah aliran yang menurun bagi tempoh yang sama. Cukai tolak Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import turut menunjukkan arah aliran yang menurun dari segi sumbangan kepada KDNK.

Jadual F : KDNK Kaedah Pendapatan : Data Siri Masa Berdasarkan Penyusunan SANM (1971-2005)



Jadual G : Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan 2000-2005 mengikut Kaedah Pendapatan

Pertumbuhan tertinggi dicatatkan oleh Lebihan Kendalian Kasar sebanyak 9.0 peratus seperti yang ditunjukkan di Jadual G. Cukai tolak Subsidi ke atas Pengeluaran dan Import mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus secara tahunan, sementara Pampasan Pekerja pula merekodkan pertumbuhan tahunan sebanyak 8.7 peratus.

You are here