Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

Keluaran Statistik Terkini

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Mengikut Negeri, 2007 (Kemas kini: 17/02/2010)


PENEMUAN UTAMA
KELUARAN DALAM NEGERI KASAR MENGIKUT NEGERI, 2007

1. Selangor merupakan penyumbang peratusan utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional pada tahun 2007 dengan 21.5 peratus, diikuti oleh WP Kuala Lumpur (13.8 peratus), Sarawak (9.6 peratus), Johor (9.5 peratus) dan Pulau Pinang (8.8 peratus). Secara keseluruhannya, sumbangan kelima-lima negeri ini adalah 63.2 peratus.

2. Pertumbuhan tertinggi pada tahun 2007 dicatatkan oleh WP Kuala Lumpur iaitu sebanyak 9.0 peratus, diikuti oleh Selangor (7.6 peratus). Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan 6.6 peratus pada tahun 2007 disebabkan oleh permintaan yang rendah bagi produk Elektrikal & Elektronik dalam pasaran luaran. Negeri yang dinyatakan merekodkan pertumbuhan melebihi paras nasional (6.2 peratus). Negeri lain yang merekodkan pertumbuhan melebihi paras pertumbuhan nasional adalah Kedah (8.7 peratus), Kelantan (7.5 peratus), Sarawak, Terengganu dan Perlis masing-masing mencatatkan 6.5 peratus dan Melaka (6.3 peratus).

3. Nilai KDNK nasional diterajui oleh sektor Perkhidmatan sebanyak 53.7 peratus dan diikuti oleh sektor Pembuatan (30.1 peratus). Sektor Perkhidmatan merupakan penyumbang utama KDNK kepada WP Kuala Lumpur (88.9 peratus), Kelantan (72.0 peratus), WP Labuan (67.0 peratus) dan Perak (63.4 peratus). Sumbangan sektor Perkhidmatan kepada KDNK negeri-negeri ini adalah lebih tinggi berbanding sumbangan di peringkat nasional (53.7 peratus).

4. Sumbangan sektor Pembuatan adalah lebih dominan bagi negeri Pulau Pinang iaitu 54.8 peratus, Melaka (49.2 peratus) dan Negeri Sembilan (52.2 peratus). Ciri istimewa struktur ekonomi Pulau Pinang adalah diterajui oleh sektor Pembuatan (54.8 peratus) dan Perkhidmatan (41.1 peratus) dengan nilai sumbangan melebihi 95.0 peratus daripada KDNK negeri tersebut.

5. Jika dilihat dari sudut sektor pula, WP Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan nilai sektor Perkhidmatan tertinggi di Malaysia dengan menyumbang sebanyak RM 122,168 Juta atau 46.9 peratus. Ini sejajar dengan kedudukan kedua-dua negeri tersebut sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran utama negara yang menempatkan pelbagai pusat perkhidmatan seperti Perkhidmatan Kewangan, Kerajaan, Pengangkutan & Komunikasi dan yang berkaitan aktiviti Perkhidmatan Perniagaan. Johor dan Pulau Pinang yang dilihat sebagai pintu masuk dan keluar bagi perdagangan antarabangsa dan pelancongan merupakan antara penyumbang di dalam sektor Perkhidmatan terutamanya subsektor Pengangkutan. Selain itu, sektor Perkhidmatan di Perak disokong oleh subsektor utiliti.

6. Selangor merupakan penyumbang terbesar bagi sektor Pembuatan diikuti oleh Pulau Pinang dan Johor. Negeri-negeri ini menyumbang sebanyak 55.8 peratus daripada nilai ditambah keseluruhan sektor. Bagi negeri Selangor, subsektor Kenderaan Bermotor & Kelengkapan Pengangkutan dan Elektrik & Elektronik merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan sektor Pembuatan. Manakala bagi negeri Johor dan Pulau Pinang lebih banyak didominasi oleh subsektor Elektrikal & Elektronik dan Pembuatan Mesin Pejabat, Perakaunan & Komputer.

7. Aktiviti Pertanian diterajui oleh Sabah dan Sarawak dengan masing-masing menyumbang sebanyak 21.2 peratus dan 19.8 peratus pada tahun 2007. Penyumbang utama aktiviti ini adalah subsektor Kelapa Sawit dan Pembalakan. Negeri Johor, Pahang dan Perak juga memberi sumbangan yang signifikan sebanyak 32.9 peratus kepada nilai ditambah aktiviti Pertanian peringkat nasional.

8. Bagi sektor Pembinaan, Selangor merupakan penyumbang tertinggi (37.6 peratus), diikuti oleh WP Kuala Lumpur (15.4 peratus) dan Johor (10.2 peratus) yang mana ketiga-tiga negeri ini mendominasi sektor tersebut dengan menyumbang sebanyak 63.3 peratus dari keseluruhan sektor. Walaubagaimanapun, Sarawak dan Pulau Pinang juga menyumbangkan peratus yang signifikan di dalam sektor ini.

 

You are here