Latihan Industri
- Permohonan untuk menjalani latihan terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia sahaja. Bilangan penempatan untuk latihan adalah terhad dan mengikut keperluan.
- Syarat kelulusan adalah di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah dalam bidang perangkaan, ekonomi, matematik atau teknologi maklumat.
- Pelajar perlu menghantar permohonan disertai dengan resume dan surat sokongan daripada pihak kolej/universiti ke Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum latihan bermula.
- Tiada sebarang elaun dibayar sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan di Jabatan ini.
- Pelajar perlu menghantar satu salinan Laporan Latihan Industri kepada Jabatan setelah tamat latihan.
Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:
Pengarah,
Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 7, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514 Putrajaya.
Faks: 03 - 8888 9248
Emel: jpbkkp@stats.gov.my



