Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

MS ISO 9001 : 2008

ISO yang bermaksud ”equal” ialah satu nama samaran bukan akronim untuk ”International Organisation for Standardization” (IOS). MS ISO merupakan satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti. Ia menetapkan satu sistem kerja yang terancang berasaskan kepada keperluan piawaian antarabangsa.

Pelaksanaan MS ISO dalam perkhidmatan awam adalah selaras dengan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (SPKPA) Bil.2/2002 yang memperihalkan tentang garis panduan bagi melaksanakan MS ISO 9000:2000 dalam perkhidmatan awam. Rasional pelaksanaan MS ISO dalam perkhidmatan awam adalah agar agensi Kerajaan dapat menghasilkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang cekap dan berkesan mengikut ciri dan prinsip yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, ia akan hanya diperakukan selepas Sistem Pengurusan Kualiti itu diberi pengiktirafan pensijilan.

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengorak langkah dengan memperoleh pensijilan pertama MS ISO 9002:1994 daripada MAMPU yang sah diguna pakai sehingga 23 Mac, 2003. Skop awal pensijilan Jabatan adalah pengumpulan, pemprosesan, pentafsiran dan penyebaran Indeks Harga Pengguna (IHP) serta Statistik Harga Pengguna Lain (SHPL) di Ibu Pejabat dan semua cawangan Negeri.

Mengambil kira perkembangan sekeliling, Jabatan terus meningkatkan sistem pengurusan kualitinya apabila beralih dari sistem kualiti versi 1994 kepada versi 2000. Peralihan ini memerlukan Jabatan membuat pindaan ke atas dokumentasi sistem kualiti MS ISO tersebut. Versi 2000 memerlukan komitmen dan penglibatan yang lebih daripada pengurusan atasan yang bertujuan untuk menjamin tahap keberkesanan organisasi. Pengiktirafan MS ISO 9001:2000 telah diperoleh daripada SIRIM QAS International dan IQNet pada 6 November 2008, dan sah diguna pakai sehingga 5 November, 2011. Skop pensijilan turut diperluaskan berbanding versi 1994 iaitu Perkhidmatan pengumpulan, pemprosesan, pentafsiran dan penyebaran statistik primer [Indeks Harga Pengguna (IHP) serta Statistik Harga Pengguna Lain (SHPL), Statistik Pembuatan Bulanan (SPB), Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) serta Statistik Pembuatan Bulanan Lain (SPBL) dan Statistik Penyiasatan Tenaga Buruh (SPTB)].

Terkini, Jabatan telah berjaya memperoleh pengiktirafan MS ISO 9001:2008. Pengiktirafan ini diperoleh daripada SIRIM QAS International dan IQNet, dan sah diguna pakai sehingga 5 November, 2014. Skop pensijilan bagi versi 2008 ini menyamai dengan skop pensijilan bagi versi 2000. Walau bagaimanapun, versi 2008 ini memperkemas dan memperincikan proses kerja yang digariskan di bawah versi 2000.

Syabas dan tahniah Jabatan Perangkaan Malaysia.

You are here