Nota : Tarikh Dikemaskini
Anggaran dan unjuran penduduk dunia yang digunakan untuk menghasilkan angka ini telah dibangunkan oleh International Program Center (U.S. Bureau of the Census, Population Division)1 berdasarkan analisis data yang diperolehi tentang penduduk, fertiliti, kematian dan migrasi. Analisis ini dijalankan berasingan bagi 227 negara atau kawasan di seluruh dunia yang mempunyai penduduk seramai 5,000 atau lebih. Analisis ini dibuat berdasarkan maklumat banci, penyiasatan dan rekod pentadbiran. Bagi kebanyakan negara, dan negara kurang membangun, penyesuaian data adalah perlu bagi membaiki ralat, tertinggal dan tidak selarasan data. Memandangkan data terkini bagi setiap negara telah sekurang-kurangnya terkebelakang dua tahun (dan kebanyakan darinya mungkin lebih lama), angka yang digunakan bagi jam populasi telah diunjurkan daripada anggaran aliran fertiliti, mortaliti dan migrasi yang telah diandaikan. Sebaik sahaja angka terbaru/terkini diperolehi, semua data akan dinilai semula dan perubahan mungkin akan berlaku. Untuk mendapatkan maklumat bagaimana unjuran dibuat, sila lihat Lampiran B laporan World Population Profile : 1998. Anggaran dan unjuran ini dimuatkan dalam International Data Base.
Penduduk pertengahan tahun dunia dan anggaran peristiwa penting adalah daripada jumlah angka bagi negara dan kawasan. Anggaran penduduk adalah berdasarkan interpolasi lurus antara angka penduduk pertengahan tahun bagi tahun berikut. Peristiwa penting dunia masa yang berbeza dikira berdasarkan bilangan bulan, hari, jam, minit atau saat dalam tahun yang diberi.
Jumlah mungkin tidak sama oleh kerana pembulatan.
SUMBER: 1. U.S. Census Bureau, Population Division International Programs Center
2. U.S. Census Bureau, International Data Base

