Jam Populasi Malaysia dikemas kini setiap minit. Jam Populasi meliputi semua tempat kediaman di Malaysia. Ia tidak termasuk penduduk Malaysia yang menetap di luar negara (contohnya: pelajar, pekerja, duta dan sebagainya).
Jam Populasi dijana berasaskan data penduduk yang diperoleh daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah disesuaikan untuk kurang penghitungan dan ke pertengahan tahun. Bilangan penduduk ini seterusnya ditambah dengan bilangan kelahiran serta migrasi bersih dan ditolak bilangan kematian.
Bilangan kelahiran dan kematian yang dianggarkan adalah berdasarkan rekod kelahiran dan kematian yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Sementara itu, bilangan migrasi dianggarkan berdasarkan data yang diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri.
Unjuran ini tidak mengambil kira faktor seperti bencana alam atau wabak penyakit, yang mana boleh memberi kesan yang ketara dalam anggaran kematian. Andaian yang digunakan adalah malar bagi tempoh masa tiga bulan (setiap suku tahunan) sebelum dikemas kini. Pertambahan penduduk mungkin mengalami sedikit ketidaksamaan disebabkan pembundaran.

