Penerbitan ini membentangkan perangkaan sektor Perkhidmatan Maklumat dan Komunikasi yang merangkumi aktiviti penerbitan; penerbitan wayang gambar, video dan program televisyen; pemprograman dan penyiaran; perkhidmatan telekomunikasi; perkhidmatan komputer dan perkhidmatan maklumat. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Pertubuhan Perkhidmatan yang dijalankan pada tahun 2012 bagi tahun rujukan 2011.
Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dibayar dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik. Beberapa penunjuk ICT yang diperoleh daripada sumber sekunder turut dibentangkan bagi memastikan penerbitan ini lebih komprehensif.
Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil penyiasatan dan maklumat data sekunder dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam penyiasatan ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.
Muat Turun Percuma: