Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

LAPORAN PENYIASATAN GAJI & UPAH, MALAYSIA 2012

ISSN 1985-7284

Laporan ini membentangkan perangkaan gaji dan upah berdasarkan Penyiasatan Gaji & Upah yang dijalankan pada bulan Januari hingga Jun 2012. Laporan ini turut memuatkan data siri masa gaji & upah bagi tahun 2010-2012. Objektif utama laporan ini adalah untuk menyediakan perangkaan penting bagi perancangan tenaga manusia khususnya gaji & upah di samping melengkapkan maklumat yang dikeluarkan dalam Penyiasatan Tenaga Buruh. Indikator utama gaji & upah bulanan seperti purata, penengah dan jurang upah gender digunakan bagi tujuan analisis pasaran buruh.

Maklumat gaji & upah bulanan mengikut jantina, kumpulan etnik, pekerjaan dan industri merupakan sebahagian perangkaan penting yang dipersembahkan dalam laporan ini. Data yang diperoleh daripada penyiasatan ini digunakan dalam perancangan ekonomi dan pembangunan sosial, penetapan gaji minimum dan polisi fiskal.

Muat Turun:
1.  Laporan Penyiasatan Gaji & Upah, Malaysia 2012

 

 

 

 

You are here