Laporan Penyiasatan Migrasi, Malaysia, 2012 membentangkan anggaran pergerakan, arah aliran dan magnitud penduduk di peringkat negeri serta maklumat ciri demografi dan sosioekonomi migran yang diperoleh daripada Penyiasatan Migrasi 2012.
Migrasi atau pergerakan penduduk merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perubahan struktur penduduk kesan daripada perubahan situasi ekonomi dan sosial sesuatu kawasan dalam tempoh tertentu. Pada amnya, arah aliran dan ciri migran yang berbeza akan memberi impak yang berlainan bagi negeri/kawasan asal dan destinasinya. Maklumat yang dibentangkan dalam laporan ini diharap dapat membantu perancang dan pengkaji dalam melihat ciri-ciri penduduk migran dan bukan migran, seterusnya menjadi input kepada perancangan dan pembangunan sosioekonomi negara.
Muat Turun:
1. Laporan Penyiasatan Migrasi, Malaysia 2012
2. Laporan Penyiasatan Migrasi, Malaysia 2011 