Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau
Keluaran Statistik TerkiniPenerbitan OnlinePenerbitan

Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan Jun 2013 (Kemas kini: 21/08/2013)

Intisari


Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan menunjukkan penurunan sebanyak 0.6% kepada 117.2 mata pada Jun 2013, berbanding 117.9 mata pada bulan sebelumnya. Komponen utama yang menyumbang kepada penurunan ialah Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (-0.5%), Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (-0.4%) dan Import Benar Semi Konduktor (-0.2%). Perubahan tahunan IP menurun sedikit pada Jun 2013 kepada 3.5% daripada 4.2% pada bulan sebelumnya.

Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, juga menurun 0.4% pada Jun 2013. Perubahan negatif pada bulan rujukan disebabkan oleh penurunan terbesar Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (-0.3%) dan Nilai Caruman Benar kepada KWSP (-0.2%). Walau bagaimanapun, pertumbuhan tahunan IS kekal pada bulan Jun 2013.

Perubahan tahunan bagi IP kekal menggalakkan walaupun dengan pertumbuhan lebih rendah berbanding pada bulan sebelumnya. Disokong oleh Indeks Difusi bagi kedua-dua indeks melebihi 50.0%, ini menandakan bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada bulan-bulan akan datang.

(Prestasi penunjuk ekonomi yang terperinci bagi Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan adalah seperti di Jadual 4).

Dikeluarkan oleh:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
21 OGOS 2013

You are here