| Keluaran Statistik Terkini | Muat Turun Percuma | Bercetak |
Penunjuk Ekonomi Malaysia - Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan Mac 2013 (Kemas kini: 15/05/2013)
Intisari
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.0% kepada 116.3 mata pada bulan Mac 2013 berbanding 115.2 mata pada bulan sebelumnya. Dua komponen yang memberikan sumbangan terbesar kepada peningkatan ini ialah Import Benar Semi Konduktor (0.6%) dan Penawaran Wang Benar, M1 (0.4%). Perubahan tahunan IP juga meningkat kepada 2.8% berbanding 1.0% pada bulan sebelumnya.
Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, bertumbuh 1.6% pada Mac 2013. Ini disumbangkan oleh kenaikan terbesar Gaji & Upah Benar bagi Sektor Pembuatan (0.7%) dan Jumlah Guna Tenaga di Sektor Pembuatan (0.5%). Perubahan tahunan IS pada Mac 2013 juga meningkat kepada 2.2% daripada 0.5% pada bulan sebelumnya.
Perubahan tahunan bagi IP dan IS menunjukkan peningkatan pada bulan rujukan seperti yang ditunjukkan dalam Carta 1 dan 2A. Disokong oleh Indeks Difusi bagi kedua-dua indeks melebihi 50.0%, ini menandakan bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang dalam bulan-bulan akan datang.
(Prestasi penunjuk ekonomi yang terperinci bagi Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan adalah seperti di Jadual 4
).



