Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau
MAC 2013 BM
Keluaran Statistik TerkiniMuat Turun PercumaBercetak


Ringkasan Perangkaan Getah Bulanan Malaysia Mac 2013 (Kemas kini: 13/05/2013)

 

1. PENGELUARAN

Pada Mac 2013, sebanyak 70,304 tan metrik getah asli telah dihasilkan, jatuh 5,701 tan metrik (-7.5%) daripada Februari 2013. Walau bagaimanapun, pengeluaran getah asli bulan ini adalah 2,928 tan metrik (4.3%) lebih tinggi berbanding setahun yang lepas. Sumbangan terbesar adalah daripada sektor kebun kecil sebanyak 94.5 peratus manakala sektor estet hanya menyumbang 5.5 peratus. Negeri yang mengeluarkan getah asli tertinggi di estet adalah Negeri Sembilan (20.0%), diikuti Kedah (17.9%) dan Pahang (16.8%).

 

2. EKSPORT

Pada Mac 2013, sebanyak 73,805 tan metrik getah asli telah dieksport ke luar negara. Perbandingan bulan atas bulan dan tahun atas tahun menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 12,298 tan metrik (+20.0%) dan 3,868 tan metrik (+5.5%). Dari keseluruhan eksport getah asli tersebut, 95.3 peratus disumbang oleh Getah Mutu Malaysia (G.M.M.) dengan 52.7 peratus terdiri dari G.M.M. 20.

Getah asli dieksport terutamanya ke Rep. Rakyat China (45.8%), diikuti oleh Jerman (13.6%), Rep. Korea (3.5%), Amerika Syarikat (3.4%), Rep. Islam Iran (3.3%), Turki (2.8%), Finland (2.6%) dan Brazil (2.1%).

 

3. IMPORT

Pada Mac 2013, Malaysia mengimport getah asli sebanyak 74,174 tan metrik. Import turun 1,506 tan metrik (-2.0%) dari Februari 2013 tetapi meningkat 14.4 peratus apabila dibanding dengan Mac 2012. Getah Berpiawaian dan Lateks Pekat merupakan jenis getah asli yang utama diimport, masing-masing sebanyak 27.6 peratus dan 36.8 peratus.

Pembekal utama getah asli adalah Thailand (57.5%) dan Viet Nam (10.3%). Kedua-dua negara tersebut merangkumi 67.8 peratus daripada keseluruhan import getah asli.

 

4. PENGGUNAAN DOMESTIK

Penggunaan domestik getah asli direkod sebanyak 37,303 tan metrik pada Mac 2013, naik 3,716 tan metrik (11.1%) daripada Februari 2013 tetapi turun sebanyak 1,901 tan metrik (-4.8%) apabila dibanding dengan Mac 2012.

Industri terbesar yang mengguna getah asli adalah industri sarung tangan dengan jumlah sebanyak 25,899 tan metrik (69.4%), diikuti benang getah (10.5%) dan tayar & tiub (6.7%). Ketiga-tiga industri ini merangkumi lebih separuh dari keseluruhan penggunaan getah asli negara dengan jumlah sebanyak 32,317 tan metrik (86.6%).

 

5. STOK

Paras stok getah asli pada Mac 2013 dicatat sebanyak 176,166 tan metrik, jatuh 16,185 (-8.4%) daripada paras stok bulan lepas. Namun begitu, paras stok bulan ini adalah lebih tinggi berbanding Mac 2012 dengan jumlah sebanyak 33,506 tan metrik (+23.5%).

 

6. HARGA PURATA BULANAN SEKILOGRAM
(Sebut Harga Pada Waktu Tengah Hari - "F.O.B") 

Harga purata bulanan lateks pekat direkod sebanyak 613.25 sen sekilogram pada Mac 2013. Perbandingan bulan atas bulan menunjukkan pengurangan sebanyak 2.01 sen (-0.3%) manakala bagi tahun atas tahun harga jatuh 169.66 sen (-21.7%).

Harga purata bulanan bagi G.M.M. 20 pula dicatat sebanyak 857.20 sen sekilogram, turun 69.18 sen (-7.5%) daripada Februari 2013 dan 263.05 sen (-23.5%) daripada Mac 2012.

 

7. GUNA TENAGA

Jumlah pekerja yang diambil bekerja di estet getah pada akhir Mac 2013, adalah seramai 12,749 orang. Daripada jumlah ini, bilangan pekerja bergaji adalah seramai 12,745 orang dengan gaji & upah berjumlah RM14.5 juta. Bilangan pekerja bergaji susut 0.4 peratus dari bulan lepas tetapi naik 1.6 peratus dari setahun lepas.

 

8. PRODUKTIVITI

Produktiviti pengeluaran getah asli di estet dicatat sebanyak 92.7 kilogram sehektar pada Mac 2013. Produktiviti pengeluaran getah asli menunjukkan penurunan apabila dibanding bulan atas bulan sebanyak 11.0 kilogram sehektar (-10.6%) manakala tahun atas tahun ia meningkat 10.7 kilogram sehektar (13.0%). 

 

 


Nota:

1. Laporan ini boleh diperoleh daripada laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my) di bawah ruangan: Keluaran Statistik.

 2. Data bagi bulan Mac 2013 merupakan data awalan.  Data ini akan dikemaskini berdasarkan data terkini yang diperoleh dan akan diterbitkan dalam penerbitan April 2013.


You are here