| Keluaran Statistik Terkini | Muat Turun Percuma | Bercetak |
Indeks Harga Pengguna Malaysia Mac 2013 (Kemas kini: 17/04/2013)
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Mac 2013 meningkat sebanyak 1.5 peratus kepada 106.1 dibandingkan dengan 104.5 pada tempoh yang sama tahun lepas. Berbanding dengan bulan yang sama tahun 2012, IHP Mac 2013 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.6 peratus daripada 104.5 kepada 106.2 dan apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, IHP merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus.
Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan bagi bulan Mac 2013 masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 3.3 dan 1.0 peratus berbanding bulan yang sama tahun 2012. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2013, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 2.9 dan 1.0 peratus. Berbanding dengan bulan sebelumnya, indeks Bukan Makanan naik sebanyak 0.2 peratus manakala indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol kekal tidak berubah pada 110.2 (Jadual 1).
Perubahan IHP bagi tempoh Januari - Mac 2013 / 2012
Kenaikan sebanyak 1.5 peratus dalam IHP adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks Komunikasi ( - 0.8 peratus ); Pakaian & Kasut ( - 0.7 peratus ) dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan ( - 0.1 peratus ). Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol ( + 2.9 peratus ); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain ( + 1.3 peratus ) dan Pengangkutan ( + 0.6 peratus ). Kenaikan lain ialah indeks Restoran & Hotel ( + 2.2 peratus ); Pendidikan ( + 2.1 peratus ); Minuman Alkohol & Tembakau ( + 2.0 peratus ); Kesihatan ( + 1.9 peratus ); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah ( + 1.6 peratus ) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan ( + 1.3 peratus ).
Jadual 1 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)
Kumpulan | Waj. | Indeks | % Perubahan | ||||||
Mac 2012 | Feb 2013 | Mac 2013 | Jan - Mac 2012 | Jan - Mac 2013 | Mac 2013/ Feb 2013 | Mac 2013/ Mac 2012 | Jan - Mac 2013/2012 | ||
| JUMLAH | 100.0 | 104.5 | 106.1 | 106.2 | 104.5 | 106.1 | 0.1 | 1.6 | 1.5 |
| Makanan & Minuman Bukan Alkohol | 30.3 | 106.7 | 110.2 | 110.2 | 107.0 | 110.1 | 0.0 | 3.3 | 2.9 |
| Minuman Alkohol & Tembakau | 2.2 | 104.6 | 106.7 | 106.7 | 104.6 | 106.7 | 0.0 | 2.0 | 2.0 |
| Pakaian dan Kasut | 3.4 | 99.4 | 98.6 | 98.9 | 99.5 | 98.8 | 0.3 | -0.5 | -0.7 |
| Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain | 22.6 | 103.0 | 104.3 | 104.3 | 102.9 | 104.2 | 0.0 | 1.3 | 1.3 |
| Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah | 4.1 | 103.5 | 104.9 | 105.3 | 103.2 | 104.9 | 0.4 | 1.7 | 1.6 |
| Kesihatan | 1.3 | 104.2 | 106.1 | 106.2 | 104.1 | 106.1 | 0.1 | 1.9 | 1.9 |
| Pengangkutan | 14.9 | 104.9 | 105.3 | 105.9 | 104.9 | 105.5 | 0.6 | 1.0 | 0.6 |
| Komunikasi | 5.7 | 99.3 | 98.7 | 98.6 | 99.4 | 98.6 | -0.1 | -0.7 | -0.8 |
| Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan | 4.6 | 103.2 | 103.2 | 103.2 | 103.3 | 103.2 | 0.0 | 0.0 | -0.1 |
| Pendidikan | 1.4 | 104.6 | 106.8 | 106.9 | 104.4 | 106.6 | 0.1 | 2.2 | 2.1 |
| Restoran dan Hotel | 3.2 | 108.4 | 110.5 | 110.9 | 108.1 | 110.5 | 0.4 | 2.3 | 2.2 |
| Pelbagai Barangan & Perkhidmatan | 6.3 | 104.1 | 105.4 | 105.3 | 104.0 | 105.4 | -0.1 | 1.2 | 1.3 |
| Bukan Makanan | 69.7 | 103.5 | 104.3 | 104.5 | 103.4 | 104.4 | 0.2 | 1.0 | 1.0 |
| Barang Tahan Lama | 6.5 | 100.7 | 99.6 | 99.5 | 100.8 | 99.6 | -0.1 | -1.2 | -1.2 |
| Barang Semi Tahan Lama | 4.4 | 100.2 | 99.5 | 99.8 | 100.3 | 99.7 | 0.3 | -0.4 | -0.6 |
| Barang Tidak Tahan Lama | 41.6 | 105.4 | 107.6 | 107.7 | 105.7 | 107.6 | 0.1 | 2.2 | 1.8 |
| Perkhidmatan | 47.5 | 104.5 | 106.3 | 106.4 | 104.3 | 106.2 | 0.1 | 1.8 | 1.8 |
Berdasarkan kepada kenaikan di atas dan juga wajaran yang ditetapkan kepada pelbagai kumpulan utama, sumbangan relatif kepada kenaikan 1.5 peratus dalam IHP keseluruhannya boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Tiga kumpulan utama iaitu Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Pengangkutan menyumbangkan 76.8 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh semasa.
Jadual 2 : SUMBANGAN KEPADA PERUBAHAN INDEKS HARGA PENGGUNA KESELURUHAN
BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)
Kumpulan | Waj. | 2012 / 2011 | Mac 2013 / 2012 | Januari - Mac 2013 / 2012 | |||
Perubahan % | Sumbangan % | Perubahan % | Sumbangan % | Perubahan % | Sumbangan % | ||
| JUMLAH | 100.0 | 1.6 | 100.0 | 1.6 | 100.0 | 1.5 | 100.0 |
| Makanan & Minuman Bukan Alkohol | 30.3 | 2.7 | 50.5 | 3.3 | 55.9 | 2.9 | 54.7 |
| Minuman Alkohol & Tembakau | 2.2 | 0.4 | 0.6 | 2.0 | 2.4 | 2.0 | 2.6 |
| Pakaian dan Kasut | 3.4 | -0.6 | -1.2 | -0.5 | 4.8 | -0.7 | 4.8 |
| Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain | 22.6 | 1.6 | 21.7 | 1.3 | 15.6 | 1.3 | 17.7 |
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah | 4.1 | 2.0 | 4.7 | 1.7 | 5.5 | 1.6 | 5.9 |
| Kesihatan | 1.3 | 2.0 | 1.6 | 1.9 | 1.4 | 1.9 | 1.6 |
| Pengangkutan | 14.9 | 0.7 | 6.3 | 1.0 | 6.8 | 0.6 | 4.4 |
| Komunikasi | 5.7 | -0.6 | -2.3 | -0.7 | -2.1 | -0.8 | -2.4 |
| Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan | 4.6 | 1.2 | 3.1 | 0.0 | -0.1 | -0.1 | -0.4 |
| Pendidikan | 1.4 | 2.4 | 2.0 | 2.2 | 1.7 | 2.1 | 1.7 |
| Restoran dan Hotel | 3.2 | 2.9 | 5.9 | 2.3 | 4.1 | 2.2 | 4.3 |
| Pelbagai Barangan & Perkhidmatan | 6.3 | 2.0 | 7.1 | 1.2 | 4.0 | 1.3 | 5.1 |
Kenaikan indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebanyak 2.9 peratus adalah akibat daripada kenaikan indeks Makanan Di Rumah ( + 3.1 peratus ); Makanan Di Luar Rumah ( + 2.7 peratus ) dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 1.7 peratus ). Antara subkumpulan Makanan Di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam tempoh ini seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 ialah Gula, Jem, Madu, Coklat dan Manisan ( + 5.0 peratus ); Daging ( + 4.4 peratus ); Sayur-Sayuran ( + 4.3 peratus ); Ikan & Makanan Laut ( + 3.9 peratus ); Buah-Buahan ( + 3.0 peratus ); Susu & Telur ( + 2.0 peratus ) dan Beras, Roti dan Bijirin Lain ( + 1.7 peratus ).
Jadual 3 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI SUBKUMPULAN MAKANAN DAN
MINUMAN BUKAN ALKOHOL, MALAYSIA (2010=100)
Subkumpulan | Waj. | Indeks | % Perubahan | ||||||
Mac 2012 | Feb 2013 | Mac 2013 | Jan - Mac 2012 | Jan - Mac 2013 | Mac 2013/ Feb 2012 | Mac 2013/ Mac 2012 | Jan - Mac 2013/2012 | ||
| Makanan & Minuman Bukan Alkohol | 30.3 | 106.7 | 110.2 | 110.2 | 107.0 | 110.1 | 0.0 | 3.3 | 2.9 |
| Makanan | 28.9 | 106.8 | 110.4 | 110.4 | 107.1 | 110.3 | 0.0 | 3.4 | 3.0 |
Makanan Di Rumah | 18.9 | 106.3 | 110.4 | 110.2 | 106.9 | 110.2 | -0.2 | 3.7 | 3.1 |
| Beras, Roti & Bijirin Lain | 4.4 | 102.4 | 104.0 | 104.1 | 102.3 | 104.0 | 0.1 | 1.7 | 1.7 |
| Daging | 2.9 | 103.8 | 108.6 | 109.0 | 104.5 | 109.1 | 0.4 | 5.0 | 4.4 |
| Ikan & Makanan Laut | 4.5 | 110.4 | 117.6 | 116.0 | 111.9 | 116.3 | -1.4 | 5.1 | 3.9 |
| Susu & Telur | 1.8 | 108.8 | 111.8 | 111.7 | 109.5 | 111.7 | -0.1 | 2.7 | 2.0 |
| Minyak and Telur | 0.6 | 101.3 | 101.3 | 101.4 | 101.2 | 101.4 | 0.1 | 0.1 | 0.2 |
| Buah-Buahan | 1.2 | 108.2 | 111.3 | 112.0 | 108.0 | 111.2 | 0.6 | 3.5 | 3.0 |
| Sayur-Sayuran | 2.1 | 103.5 | 109.1 | 109.3 | 105.1 | 109.6 | 0.2 | 5.6 | 4.3 |
| Gula, Jem, Madu, Coklat & Manisan | 0.6 | 113.5 | 119.2 | 119.1 | 113.4 | 119.1 | -0.1 | 4.9 | 5.0 |
| Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana | 0.8 | 110.3 | 110.3 | 110.6 | 110.2 | 110.4 | 0.3 | 0.3 | 0.2 |
| Makanan Di Luar Rumah | 10.0 | 107.8 | 110.4 | 110.8 | 107.5 | 110.4 | 0.4 | 2.8 | 2.7 |
| Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol | 1.4 | 104.8 | 106.3 | 106.4 | 104.5 | 106.3 | 0.1 | 1.5 | 1.7 |
Perubahan IHP Bulanan
Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi Mac 2013 naik sebanyak 0.1 peratus. Kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam indeks Pengangkutan ( + 0.6 peratus ); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah dan Restoran & Hotel masing-masing sebanyak 0.4 peratus; Pakaian & Kasut ( + 0.3 peratus ); Kesihatan dan Pendidikan masing-masing sebanyak 0.1 peratus. Sebaliknya, kumpulan utama yang menunjukkan penurunan ialah Komunikasi dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan masing-masing sebanyak 0.1 peratus. Kumpulan utama Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Minuman Alkohol & Tembakau; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan masing-masing kekal tidak berubah pada 110.2; 106.7; 104.3 dan 103.2.
Indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dalam bulan Mac 2013 berbanding dengan bulan sebelumnya kekal tidak berubah pada 110.2. Walau bagaimanapun, indeks Makanan Di Luar Rumah dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol naik masing-masing sebanyak 0.4 dan 0.1 peratus manakala indeks Makanan Di Rumah turun sebanyak 0.2 peratus.
Antara barangan makanan yang mencatatkan kenaikan indeks yang ketara dalam bulan Mac 2013 berbanding dengan bulan sebelumnya ialah Sawi ( + 9.3 peratus ); Bayam ( + 5.3 peratus ); Kangkung ( + 4.2 peratus ); Epal ( + 2.2 peratus ); Daging Lembu ( + 1.0 peratus ) dan Ayam ( + 0.2 peratus ).
Pada masa yang sama, indeks bagi beberapa barangan makanan didapati turun dalam bulan Mac 2013 berbanding bulan sebelumnya. Antara barangan tersebut ialah Kacang Panjang ( - 7.0 peratus ); Tomato ( - 4.6 peratus ); Ikan Selayang ( - 4.5 peratus ); Sotong ( - 3.8 peratus ); Kubis Bulat ( - 3.7 peratus ); Ikan Cencaru ( - 2.6 peratus ) dan Ikan Kembong ( - 1.9 peratus ).
Pengkelasan semula barangan mengikut ketahanan dan perkhidmatan menunjukkan kenaikan bagi indeks Barang Semi Tahan Lama ( + 0.3 peratus ); Barang Tidak Tahan Lama dan Perkhidmatan masing-masing sebanyak 0.1 peratus manakala indeks Barang Tahan Lama mencatatkan penurunan sebanyak 0.1 peratus.



