| Keluaran Statistik Terkini | Muat Turun Percuma | Bercetak |
Perangkaan Pembuatan Bulanan Malaysia Februari 2013 (Kemaskini:11/04//2013)
PRESTASI BULAN FEBRUARI 2013
1. NILAI JUALAN
Nilai jualan pada Februari 2013 mencatatkan penurunan sebanyak 6.9% (RM3.4 bilion) kepada RM46.2 bilion berbanding RM49.6 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya. Manakala bulan ke bulan, nilai jualan juga telah dilaporkan menurun sebanyak 8.2% (RM4.1 bilion) pada bulan Februari 2013 berbanding bulan Januari 2013. Nilai jualan pada bulan Januari 2013 dikemaskini kepada positif 3.2% tahun ke tahun kepada RM50.3 bilion.
Berdasarkan pelarasan musim, nilai jualan pada bulan Februari 2013 mencatatkan penurunan sebanyak 9.6% berbanding bulan sebelumnya.
Kejatuhan nilai jualan pada bulan Februari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh penurunan dalam 83 daripada 116 industri (71.6%) yang diliputi dalam penyiasatan. Nilai jualan juga mencatatkan penurunan pada bulan rujukan berbanding bulan sebelumnya akibat pengurangan dalam 99 daripada 116 industri (85.3%). Jadual 1 dan 2 berikut menunjukkan peratus perubahan nilai jualan bagi lima (5) industri utama.
2. BILANGAN PEKERJA
Jumlah pekerja pada bulan Februari 2013 adalah seramai 1,026,603 orang, mencatatkan penurunan sebanyak 13,079 orang atau 1.3% berbanding bulan sebelumnya. Tahun ke tahun, bilangan pekerja juga mengalami penurunan sebanyak 2,672 orang atau 0.3% berbanding dengan 1,029,275 orang pada Februari 2012. Bilangan pekerja pada bulan Januari 2013 dikemaskini kepada positif 1.6% tahun ke tahun kepada 1,039,682 orang.
3. GAJI & UPAH
Berdasarkan bulan ke bulan, nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Februari 2013 menurun sebanyak 1.9% (RM52.4 juta) kepada RM 2,667.1 juta. Sementara itu, jumlah gaji & upah yang dibayar pada bulan Februari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula telah meningkat sebanyak 8.3% (RM11.5 juta). Nilai gaji & upah yang dibayar pada bulan Januari 2013 dikemaskini kepada positif 10.7% tahun ke tahun kepada RM 2,719.5 juta.
4. PURATA GAJI & UPAH SETIAP PEKERJA
Berdasarkan bulan ke bulan, purata gaji & upah yang dibayar bagi setiap pekerja pada bulan Februari 2013 menurun sebanyak 0.7% kepada RM2,598. Purata gaji & upah setiap pekerja pada bulan Februari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya pula mencatatkan peningkatan sebanyak 8.6%. Purata gaji & upah pada bulan Januari 2013 dikemaskini kepada positif 9.0% tahun ke tahun kepada RM2,616.
5. PRODUKTIVITI
Berdasarkan bulan ke bulan, purata nilai jualan bagi setiap pekerja atau produktiviti pada bulan Februari 2013 menurun sebanyak 7.0% kepada RM44,981. Manakala produktiviti pada bulan Februari 2013 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya juga dilaporkan menurun sebanyak 6.6%. Nilai produktiviti pada bulan Januari 2013 dikemaskini kepada positif 1.5% tahun ke tahun kepada RM48,374 .
PRESTASI DALAM TEMPOH JANUARI – FEBRUARI 2013
Pada tempoh Januari - Februari 2013, nilai jualan sektor Pembuatan mencatatkan penurunan sebanyak 1.9% (RM1.9 bilion) kepada RM96.5 bilion seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Bilangan pekerja pula menurun sebanyak 0.3% (2,672 orang) kepada 1,026,603 orang. Secara kumulatif, produktiviti atau purata nilai jualan bagi setiap pekerja pada tempoh rujukan menurun sebanyak 1.6% kepada RM93,971.
Nota :
* 1. Laporan ini boleh diperoleh daripada laman portal Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my) di bawah ruangan: Keluaran Statistik.
2. Data bagi bulan Februari 2013 merupakan data awalan. Data ini akan dikemaskini dalam penerbitan bulan Mac 2013.



