Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

LAPORAN PENYIASATAN TENAGA BURUH MALAYSIA

ISSN 0128-0503

Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, 2011 membentangkan data tahunan berkaitan ciri-ciri tenaga buruh, pengangguran dan struktur guna tenaga berdasarkan penyiasatan yang dijalankan secara bulanan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Maklumat yang diperoleh daripada penyiasatan ini digunakan sebagai input untuk menganalisis situasi pasaran buruh, menggubal dasar serta merancang, melaksana dan memantau program berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.

Laporan ini turut memuatkan maklumat guna tenaga dan tenaga buruh di peringkat negeri. Diharapkan laporan ini dapat memenuhi keperluan pengguna untuk data tenaga buruh yang komprehensif dan terkini.

Download:
1.  Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia 2011
2.  Jadual-jadual

 

 

 

 

You are here