Laporan ini memuatkan perangkaan bagi perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti yang merangkumi aktiviti keahlian organisasi; pembaikan komputer dan barangan persendirian & isi rumah dan aktiviti perkhidmatan lain. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2011 bagi tahun rujukan 2010.
Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik.
Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil bancian dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis
Muat Turun:
i. Banci Ekonomi 2011 -Perkhidmatan Persendirian dan Lain-Lain Aktiviti
ii. Jadual-Jadual
|