Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau
Untitled Document
Keluaran Statistik TerkiniMuat Turun PercumaCetakan


PRESTASI SUKU TAHUNAN IMBANGAN PEMBAYARAN APRIL – JUN, 2012 (Kemas kini: 15/08/2012)


AKAUN SEMASA


Pada suku berakhir Jun 2012, imbangan akaun semasa menunjukkan lebihan yang lebih rendah RM9.6 bilion, berkurang RM8.5 bilion daripada RM18.1 bilion yang dicapai pada suku lepas. Lebihan yang lebih rendah ini dicerminkan oleh:

  • Akaun barangan: merekodkan lebihan yang lebih rendah sebanyak RM6.4 bilion kepada RM29.4 bilion daripada RM35.8 bilion; dan
  • Akaun pendapatan: aliran keluar bersih melebar sebanyak RM3.1 bilion kepada RM11.7 bilion daripada RM8.6 bilion.

Sementara itu, defisit pada kedua-dua akaun perkhidmatan dan pindahan semasa masing-masing mengecil kepada RM3.6 bilion daripada RM3.8 bilion dan RM4.6 bilion daripada RM5.3 bilion.


Tahun-ke-tahun, lebihan pada akaun semasa berkurang sebanyak RM13.4 bilion daripada RM23.0 bilion yang direkodkan setahun lalu. Ini disebabkan oleh:

  • Akaun barangan : daripada RM36.0 bilion kepada RM29.4 bilion;
  • Akaun perkhidmatan : daripada -RM1.0 bilion kepada -RM3.6 bilion; dan
  • Akaun pendapatan : daripada -RM6.7 bilion kepada -RM11.7 bilion.

Pada separuh pertama 2012, imbangan akaun semasa mencatatkan lebihan yang lebih rendah RM27.7 bilion (1H 2011: RM47.3 bilion), menyusut sebanyak RM19.6 bilion. Ini disumbangkan oleh:
  • Akaun barangan: lebihan yang lebih rendah RM65.3 bilion (1H 2011: RM73.5 bilion);
  • Akaun pendapatan: bayaran bersih yang lebih tinggi RM20.3 bilion (1H 2011: -RM12.7 bilion); dan
  • Akaun perkhidmatan: defisit yang lebih tinggi RM7.4 bilion (1H 2011: -RM3.2 bilion).

Akaun Barangan

Pada suku semasa, akaun barangan mencatatkan lebihan yang lebih rendah RM29.4 bilion berbanding RM35.8 bilion pada suku lepas. Ini disebabkan oleh import f.o.b yang berkembang lebih pantas (7.3 peratus) berbanding eksport f.o.b (2.1 peratus).

     

  • Eksport f.o.b meningkat kepada RM177.7 bilion berbanding RM174.0 bilion pada S1 2012. Ini terutamanya disebabkan oleh eksport yang lebih tinggi bagi barangan elektrik & elektronik dan minyak sawit & hasil keluaran minyak sawit. Tiga negara utama destinasi eksport ialah Republik Rakyat China, Singapura, dan Jepun.

 

  • Import f.o.b meningkat kepada RM148.2 bilion (S1 2012: RM138.2 bilion). Ini disebabkan oleh permintaan domestik yang lebih tinggi terhadap import penggunaan-akhir bagi tiga kategori utama iaitu barang perantaraan, barang modal, dan barang penggunaan. Tiga sumber utama import ialah Republik Rakyat China, Singapura, dan Jepun.

Tahun-ke-tahun menyaksikan penurunan pada lebihan barangan sebanyak RM6.6 bilion kepada RM29.4 bilion daripada RM36.0 bilion disebabkan oleh kenaikan yang lebih pantas pada import f.o.b berbanding eksport f.o.b.


Pada enam bulan pertama 2012, akaun barangan merekodkan lebihan yang lebih rendah iaitu RM65.3 bilion (1H 2011: RM73.5 bilion). Sementara itu, kedua-dua eksport f.o.b and import f.o.b masing-masing merekodkan nilai yang lebih tinggi RM351.6 bilion (1H 2011: RM338.8 bilion) dan RM286.4 bilion (1H 2011: RM265.2 bilion).


Akaun Perkhidmatan

Pada suku tahun kajian, eksport perkhidmatan mencatatkan RM28.9 bilion daripada RM27.9 bilion suku lepas, terdiri daripada komponen berikut:

  • pengangkutan RM3.3 bilion (S1 2012: RM3.3 bilion);
  • perjalanan RM14.4 bilion (S1 2012: RM14.7 bilion);
  • perkhidmatan lain RM11.0 bilion (S1 2012: RM9.9 bilion); dan
  • transaksi kerajaan t.t.t.l RM56.0 juta (S1 2012: RM49.0 juta).

Sementara itu, import perkhidmatan meningkat sebanyak RM0.7 bilion daripada RM31.7 bilion suku lepas, yang mana:
  • pengangkutan RM10.4 bilion (S1 2012: RM10.2 bilion);
  • perjalanan RM9.0 bilion (S1 2012: RM8.9 bilion);
  • perkhidmatan lain RM12.8 bilion (S1 2012: RM12.4 bilion); dan
  • transaksi kerajaan t.t.t.l RM194.0 juta (S1 2012: RM113.0 juta).

Pada asas bersih, akaun perkhidmatan mencatatkan bayaran bersih yang lebih rendah iaitu RM3.6 bilion daripada RM3.8 bilion suku lepas. Ini didorong oleh defisit yang lebih rendah pada perkhidmatan lain daripada RM2.5 bilion kepada RM1.8 bilion. Sebaliknya, pengangkutan mencatatkan bayaran bersih yang lebih tinggi RM7.1 bilion (S1 2012: -RM6.9 bilion) manakala perjalanan merekodkan terimaan bersih yang lebih rendah RM5.4 bilion (S1 2012: RM5.8 bilion).


Tahun-ke-tahun, perkhidmatan bersih mencatatkan defisit yang lebih tinggi RM3.6 bilion (S2 2011: RM1.0 bilion), disebabkan terutamanya daripada defisit yang lebih tinggi pada akaun pengangkutan dan terimaan yang lebih rendah pada perjalanan.


Separuh tahun pertama, defisit perkhidmatan bersih meningkat kepada RM7.4 bilion daripada RM3.2 bilion pada tempoh sama tahun lepas. Defisit yang lebih tinggi dicerminkan dalam pengangkutan RM14.1 bilion (1H 2011: -RM12.2 bilion), digandingkan bersama komponen perkhidmatan lain RM4.3 bilion (1H 2011: -RM3.1 bilion). Sebagai tambahan, perjalanan merekodkan lebihan yang lebih rendah berjumlah RM11.2 bilion (1H 2011: RM12.4 bilion).


Akaun Pendapatan

Pada suku semasa, terimaan pendapatan (kredit) mencatatkan RM9.0 bilion daripada RM9.6 bilion pada S1 2012, yang mana:

  • pampasan pekerja RM1.0 bilion (S1 2012: RM1.0 bilion); dan
  • pendapatan pelaburan RM8.0 bilion (S1 2012: RM 8.6 bilion).

Pendapatan pelaburan diperoleh daripada:
  • pelaburan langsung di luar negeri (DIA) RM3.5 bilion (S1 2012: RM3.2 bilion), terutamanya dijana daripada sektor minyak & gas, kewangan & insurans, dan maklumat & komunikasi;
  • pelaburan portfolio RM0.8 bilion (S1 2012: RM0.3 bilion); dan
  • pelaburan lain RM3.6 bilion (S1 2012: RM5.2 bilion).

Sementara itu, bayaran pendapatan (debit) mencatatkan RM20.7 bilion (S1 2012: RM18.2 bilion), yang mana:
  • pampasan pekerja RM1.6 bilion (S1 2012: RM1.8 bilion); dan
  • pendapatan pelaburan RM19.0 bilion (S1 2012: RM16.5 bilion).

Pendapatan pelaburan diperoleh daripada:
  • pelaburan langsung asing (FDI) RM15.4 bilion (S1 2012: RM13.4 bilion), terutamanya dijana daripada sektor pembuatan, kewangan & insurans, dan minyak & gas;
  • pelaburan portfolio RM2.8 bilion (S1 2012: RM2.7 bilion); dan
  • pelaburan lain RM0.8 bilion (S1 2012: RM0.4 bilion).

Pada asas bersih, aliran keluar pendapatan melebar kepada RM11.7 bilion daripada RM8.6 bilion yang dicatatkan pada suku lepas. Ini hanya disebabkan oleh aliran keluar yang lebih tinggi pada pendapatan pelaburan berjumlah RM11.1 bilion (S1 2012: -RM7.8 bilion). Sementara itu, pampasan pekerja merekodkan aliran keluar bersih yang lebih rendah RM0.6 bilion (S1 2012: -RM0.8 bilion).


Tahun-ke-tahun, akaun pendapatan menunjukkan defisit yang lebih tinggi RM11.7 bilion daripada RM6.7 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Ini terutamanya disumbangkan oleh aliran keluar bersih yang lebih tinggi pada pendapatan pelaburan berjumlah RM11.1 bilion (S2 2011: -RM6.1 bilion).


Bagi separuh pertama 2012, defisit pada akaun pendapatan melebar kepada RM20.3 bilion (1H 2011: RM12.7 bilion), disebabkan oleh bayaran bersih yang lebih tinggi pada pendapatan pelaburan RM18.9 bilion (1H 2011: -RM11.7 bilion).


Pindahan Semasa

Pada suku kajian, bayaran bersih pada pindahan semasa mengecil kepada RM4.6 bilion (S1 2012: -RM5.3 bilion). Kedua-dua terimaan dan bayaran masing-masing meningkat untuk merekod RM2.3 bilion (S1 2012: RM1.5 bilion) dan RM6.9 bilion (S1 2012: RM6.8 bilion).


Tahun-ke-tahun, pindahan semasa merekodkan bayaran bersih yang lebih rendah sebanyak RM0.7 bilion (13.8 peratus) daripada RM5.3 bilion setahun lalu. Separuh tahun pertama, bayaran bersih mengecil sebanyak RM0.5 bilion kepada RM9.9 bilion daripada RM10.4 bilion yang direkodkan pada tempoh sama dalam 2011.


AKAUN MODAL


Pada S2 2012, akaun modal mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih rendah RM67.0 juta daripada RM166.0 juta suku lepas. Ini disebabkan oleh aliran keluar bersih yang lebih rendah pada kedua-dua pindahan modal dan aset bukan kewangan bukan pengeluaran masing-masing sebanyak RM60.0 juta dan RM40.0 juta.


Tahun-ke-tahun, aliran keluar bersih akaun modal melebar sebanyak RM35.0 juta daripada RM32.0 juta. Separuh tahun pertama, akaun modal mengalami aliran keluar bersih yang lebih tinggi RM233.0 juta daripada RM80.0 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.


AKAUN KEWANGAN


Pada suku berakhir Jun 2012, akaun kewangan bertukar arah kepada aliran masuk bersih RM5.4 bilion daripada aliran keluar bersih RM10.3 bilion sebelumnya. Peralihan ini dipacu oleh perubahan arah pada kedua-dua pelaburan lain (daripada -RM26.1 bilion kepada +RM5.9 bilion) dan pelaburan langsung (daripada -RM9.4 bilion kepada +RM3.5 bilion). Sebaliknya, pelaburan portfolio menunjukkan perubahan haluan kepada aliran keluar bersih RM5.0 bilion, daripada aliran masuk bersih RM25.3 bilion.


Tahun-ke-tahun, akaun kewangan menunjukkan aliran masuk bersih yang lebih rendah sebanyak RM46.1 bilion kepada RM5.4 bilion daripada RM51.5 bilion yang dicatatkan setahun lepas. Ini disebabkan oleh perubahan haluan pada pelaburan portfolio daripada RM48.0 bilion kepada -RM5.0 bilion.


Sepanjang Januari - Jun 2012, akaun kewangan bertukar arah kepada aliran keluar bersih RM4.8 bilion daripada aliran masuk bersih RM45.0 bilion. Ini terutamanya disumbang oleh aliran masuk bersih yang lebih rendah pada pelaburan portfolio RM36.2 bilion untuk merekod RM20.3 bilion (1H 2011: RM56.5 bilion).


Pelaburan Langsung

Pelaburan langsung berubah kepada aliran masuk bersih RM3.5 bilion daripada aliran keluar bersih RM9.4 bilion suku lepas, yang mana:

  • DIA: merekodkan aliran keluar bersih yang lebih rendah RM2.5 bilion (S1 2012: -RM16.9 bilion). Pelaburan ini sebahagian besarnya terarah kepada sektor minyak & gas, hartanah, dan kewangan & insurans. Tiga negara utama pelaburan immediate adalah Australia, Singapura, dan British Virgin Island.
  • FDI: aliran masuk bersih yang lebih rendah RM6.1 bilion, berkurang sebanyak RM1.4 bilion daripada RM7.5 bilion sebelumnya. Aliran masuk FDI terutamanya disalurkan ke sektor minyak & gas, pembuatan, dan kewangan & insurans. Tiga sumber utama FDI adalah Singapura, Ireland, dan Bermuda.

Tahun-ke-tahun, aliran masuk bersih pada pelaburan langsung meningkat kepada RM3.5 bilion daripada RM1.9 bilion. Ini disebabkan oleh aliran keluar bersih yang lebih rendah pada DIA berjumlah RM2.5 bilion daripada RM7.8 bilion tahun lepas.


Bagi enam bulan pertama 2012, pelaburan langsung bertukar kepada aliran keluar sebanyak RM5.9 bilion daripada aliran masuk sebanyak RM2.0 bilion. Ini disumbangkan oleh aliran keluar bersih DIA yang lebih tinggi sebanyak RM0.5 bilion kepada RM19.5 bilion (Januari – Jun 2011: -RM19.0 bilion) dan aliran masuk bersih FDI yang lebih rendah sebanyak RM7.5 bilion untuk mencapai RM13.6 bilion (Januari – Jun 2011: RM21.0 bilion).


Pelaburan Portfolio

Pelaburan portfolio bertukar arah kepada aliran keluar bersih RM5.0 bilion daripada aliran masuk bersih sebanyak RM25.3 bilion sebelumnya. Sementara itu, tahun-ke-tahun, pelaburan portfolio berubah haluan kepada aliran keluar bersih RM5.0 bilion daripada aliran masuk bersih RM48.0 bilion pada S2 2011.


Sebaliknya, bagi tempoh Januari - Jun 2012, pelaburan portfolio mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih rendah RM20.3 bilion daripada RM56.5 bilion, penurunan sebanyak RM36.1 bilion.


Pelaburan Lain

Pada S2 2012, pelaburan lain bertukar haluan kepada aliran masuk bersih RM5.9 bilion berbanding aliran keluar bersih RM26.1 bilion suku lepas. Senario ini terutamanya disebabkan oleh perubahan arah bagi sektor swasta daripada aliran keluar bersih RM25.6 bilion kepada aliran masuk bersih RM6.1 bilion.


Tahun-ke-tahun, pelaburan lain merekodkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi RM5.9 bilion daripada RM1.2 bilion. Ini disebabkan oleh peningkatan dalam sektor swasta RM6.1 bilion daripada RM1.3 bilion. Pada setengah tahun, aliran keluar bersih bagi pelaburan lain meningkat sebanyak RM6.1 bilion bagi mencatatkan RM20.2 bilion (1H 2011: -RM14.1 bilion).


Aset Rizab

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat RM12.7 bilion pada S2 2012 berbanding penurunan RM7.2 bilion pada S1 2012, mencatat RM428.8 bilion pada akhir Jun 2012.

 

 

Muat Turun:
Jadual 1: Malaysia - Imbangan Pembayaran Suku Tahunan (Bersih), 2010 - 2012
Jadual 2: Malaysia - Komponen Akaun Semasa, 2010 - 2012
Jadual 3: Malaysia - Komponen Akaun Modal & Kewangan Dan Aset Rizab, 2010 - 2012
You are here