Saiz Huruf  Kecilkan saiz huruf  Set semula saiz huruf  Besarkan saiz huruf     Tukar ke variasi asal Tukar ke variasi biru Tukar ke variasi hijau

LAPORAN PENYIASATAN PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS 2012
 

ISSN 2232-1012

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR/KA) tahun 2012 membentangkan hasil penemuan daripada penyiasatan terkini yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dua kali setiap lima tahun. Maklumat pendapatan ini dikumpul berdasarkan garis panduan "A Provisional Framework for Household Income, Consumption, Saving and Wealth" (1995) yang diterbitkan oleh Australian Bureau of Statistics (ABS), garis panduan "Final Report and Recommendations of the Expert Group on the Household Income Statistics" (The Canberra Group 2001) dan Report II - Household Income and Expenditure Statistics (International Labour Organization, 2003).

Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan perangkaan berkaitan taburan pendapatan isi rumah, insiden kemiskinan dan kemiskinan tegar juga maklumat kemudahan asas yang meliputi pendidikan, kesihatan, perumahan dan peralatan isi rumah. Penemuan daripada penyiasatan ini digunakan oleh kerajaan bagi tujuan perancangan dan pemantauan, terutamanya dalam penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Penerbitan ini juga memuatkan nota teknikal yang mengandungi objektif, liputan dan skop, konsep dan definisi serta reka bentuk persampelan bagi membolehkan pengguna memahami penyiasatan ini secara terperinci. Data dalam laporan ini telah disusun mengikut negeri, etnik, jantina, strata, kelas pendapatan, pekerjaan, industri, umur, saiz isi rumah dan ralat piawai.


Muat turun:

  1. Penerbitan PPIR & KA 2012
  2. Jadual pendapatan isi rumah
  3. Jadual insiden kemiskinan
  4. Jadual kemudahan asas (am)
  5. Jadual kemudahan asas (isi rumah miskin)
  6. Jadual ralat piawai

 

 

Keluaran sebelumnya:
(Tahun 2009)

  1. Penerbitan PPIR & KA 2009
  2. Penemuan ringkas 
  3. Jadual pendapatan isi rumah 
  4. Jadual insiden kemiskinan 
  5. Jadual kemudahan asas (am) 
  6. Jadual kemudahan asas (isi rumah miskin) 
  7. Jadual ralat piawai 
  8. Nota Teknikal  

 

 

You are here