AKAUN PENGAGIHAN & PENGGUNAAN PENDAPATAN DAN AKAUN MODAL |
![]() | Penerbitan Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal ini memberi gambaran yang komprehensif tentang penunjuk ekonomi makro berkaitan pendapatan, tabungan, pelaburan dan pemberian/penerimaan pinjaman bersih bagi setiap sektor institusi dalam ekonomi untuk tahun rujukan 2009. Penerbitan ini menyediakan jujukan akaun yang terdiri daripada lima akaun utama iaitu akaun Pengeluaran; akaun pengagihan pendapatan utama; akaun pengagihan pendapatan sekunder; akaun penggunaan pendapatan dan akaun modal. Penyusunan Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal adalah berdasarkan kepada saranan yang digariskan dalam System of National Account 1993. Bagi memudahkan pemahaman pengguna, penerbitan ini turut menyediakan nota teknikal yang meliputi skop, metodologi serta definisi bagi setiap elemen yang terkandung dalam Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal. Perincian akaun turut dimuatkan di bahagian akhir penerbitan ini.
Muat Turun:
Penerbitan sebelumnya: i. Akaun Pengagihan & Penggunaan Pendapatan dan Akaun Modal 2006-2008
|
[ Kembali] |






