dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme
Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah

LAPORAN PENYIASATAN PERBELANJAAN ISI RUMAH MALAYSIA 2009 / 10
HES_2009-2010

Muka Surat

320

HargaRM50.00

Laporan ini mengandungi maklumat pola perbelanjaan penggunaan isi rumah berdasarkan 12 kumpulan utama barangan dan perkhidmatan. Penjadualan data perbelanjaan telah disusun mengikut strata, kelas perbelanjaan, saiz isi rumah, etnik, umur, jantina dan pekerjaan.

Data daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2009/10 digunakan untuk mengumpul maklumat tentang paras dan pola perbelanjaan penggunaan oleh isi rumah persendirian. Ia juga digunakan untuk mengemas kini wajaran dan menentukan item dalam bakul barangan dan Perkhidmatan bagi penyusunan Indeks Harga Pengguna, Malaysia.




LAPORAN PENYIASATAN PENDAPATAN ISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS 2009
HES_2009-2010

Muka Surat

213

HargaRM20.00

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR/KA) 2009 merupakan julung kali diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Objektif utama laporan ini adalah untuk menerbitkan perangkaan berkaitan dengan taburan pendapatan isi rumah, maklumat kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia. Dapatan daripada penyiasatan ini digunakan oleh pihak kerajaan dalam penggubalan rancangan pembangunan Malaysia. Penyelidik individu dan swasta juga menggunakan maklumat dalam laporan ini sebagai input kepada kajian mereka.

Nota teknikal berkaitan dengan objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi turut dimuatkan dalam laporan ini bagi memudahkan pemahaman pengguna mengenai penyiasatan ini. Maklumat pendapatan dalam penyiasatan ini dikumpul berdasarkan kepada garis panduan "A Provisional Framework for Household Income, Consumption, Saving and Wealth" (1995) yang diterbitkan oleh Australian Bureau of Statistics (ABS) dan juga garis panduan "Final Report and Recommendations of the Expert Group on the Household Income Statistics" (The Canberra Group 2001) dan Report II - Household Income and Expenditure Statistics (International Labour Organization, 2003).

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

You are here