Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Harga-Harga

 Pungutan Harga Pengguna 2011

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan pungutan harga pengguna pada setiap bulan di seluruh negara. Ia meliputi sejumlah 135 pusat pungutan harga iaitu 98 pusat pungutan harga di Semenanjung Malaysia, 19 pusat pungutan harga di Sabah dan 18 di Sarawak. Pegawai luar akan memungut harga bagi 512 item dari outlet-outlet yang terpilih. Tujuan utama pungutan harga ini adalah untuk mengumpulkan data harga yang dibayar oleh pengguna untuk item-item yang telah ditetapkan dalam bakul barangan dan perkhidmatan Indeks Harga Pengguna. Data ini digunakan untuk mengira Indeks Harga Pengguna di mana indeks ini umumnya digunakan sebagai petunjuk kepada perubahan harga dan sebagai "proxy" kepada kadar inflasi negara.

Penerbitan
[Kembali]

Pungutan Harga Pengeluar 2009

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dibentuk untuk mengukur perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dan yang dibayar oleh pengimport bagi mengimport barangan ke Malaysia. IHPR meliputi lima sektor ekonomi berikut, iaitu Pertanian, Perikanan, Perlombongan, Pembuatan dan Bekalan Elektrik, Gas & Air. Indeks diagregatkan untuk pelbagai aktiviti ekonomi untuk menghasilkan indeks di paras yang diperlukan bagi pelbagai sektor industri. Satu koleksi komoditi yang pelbagai telah dipilih untuk mewakili pelbagai sektor ekonomi dan harga bagi komoditi ini dipungut setiap bulan . Sejumlah 820 item komoditi digunakan dalam penyusunan indeks harga pengeluar tempatan, manakala 1,188 item komoditi digunakan bagi indeks harga import.  

Penerbitan
[Kembali]

Penyiasatan Sewa Rumah 2011

Sewa rumah adalah salah satu daripada perkhidmatan utama yang dibuat pungutan harga dan diambilkira dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna. Penyiasatan Sewa Rumah dijalankan secara suku tahunan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Terdapat dua jenis borang yang digunakan untuk memungut harga sewa rumah iaitu Borang 48A dan 48B di mana :

Borang 48A – bagi tempat kediaman baru yang terpilih
Borang 48B – bagi tempat kediaman sedia ada terpilih

Sewa yang dipungut adalah sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa kepada pemilik rumah pada bulan rujukan. Jenis tempat kediaman (TK) yang dipungut harga ialah dari lapan kategori iaitu Rumah berasingan setingkat; Rumah berasingan dua tingkat; Rumah berkembar setingkat; Rumah berkembar dua tingkat; Rumah teres setingkat; Rumah teres dua tingkat; Apartmen / kondominium dan Flat kos rendah / rumah kedai. Harga sewa ini dipungut dari satu panel tempat kediaman yang telah dipilih oleh JPN. Tangkapan data dilaksanakan di JPN dengan menggunakan Sistem Indeks Harga Pengguna (SIHP) yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Proses pengiraan indeks sewa pula dilaksanakan di Bahagian Butiran Perkara dengan menggunakan program yang dibangunkan oleh Bahagian.

[Kembali]

 
You are here