dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Tenaga Buruh dan Perangkaan Sosial

 

Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) 2012

Objektif utama PTB dijalankan ialah untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran. Di samping memberikan anggaran di peringkat nasional dan negeri, penyiasatan ini juga menyediakan data yang berguna secara berasingan bagi kawasan bandar dan luar bandar. PTB meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bagi semua negeri di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan menggunakan pendekatan isi rumah. Semua ahli biasa isi rumah dalam tempat kediaman yang terpilih ditemu ramah bagi mendapatkan butir-butir demografi. Maklumat tenaga buruh pula dikumpulkan bagi ahli isi rumah yang berumur 15 tahun dan lebih. Selaras dengan keperluan pengguna bagi indikator yang terkini, PTB secara bulanan mula dilaksanakan sejak Januari 2004 bagi mengeluarkan indikator di peringkat nasional secara bulanan.

Penerbitan-Cetakan
[Kembali

Penyiasatan Migrasi 2012

Penyiasatan Migrasi dijalankan serentak dengan PTB dan meliputi penduduk penyiasatan yang sama iaitu kawasan bandar dan luar bandar bagi semua negeri di Malaysia. Populasi Penyiasatan terdiri daripada penduduk yang berumur satu tahun dan lebih yang tinggal di tempat kediaman persendirian terpilih. Objektif utama Penyiasatan Migrasi ialah untuk memberikan anggaran pergerakan dan arah aliran penduduk di peringkat negeri. Selain itu, penyiasatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri sosio ekonomi migran dan bukan migran seperti umur, jantina, guna tenaga dan jenis pekerjaan di tempat destinasi. Skop data migrasi dalam penyiasatan terhad kepada migrasi tempoh tetap. Responden penyiasatan ini ditanya mengenai tempat tinggal biasa pada dua tarikh tertentu di mana tempoh di antara kedua tarikh tersebut genap setahun. Pertukaran lokaliti tempat tinggal biasa antara dua titik masa ini dianggap migrasi.

Penerbitan-Cetakan
[Kembali]

Penyiasatan Gaji dan Upah 2012

Penyiasatan Gaji dan Upah dijalankan menggunakan pendekatan isi rumah melalui Penyiasatan Tenaga Buruh. Maklumat gaji dan upah yang diperoleh daripada penyiasatan ini ialah maklumat kadar upah (wage rate) yang digunakan untuk mengukur wage differentials dan gender wage gap. Maklumat gaji dan upah hanya dipungut daripada responden yang berumur 15 tahun dan lebih yang status pekerjaannya adalah “Pekerja Kerajaan” atau “Pekerja Swasta”. Penyiasatan ini dijalankan pada bulan Januari hingga Jun dengan tempoh rujukan ialah bulan sebelum bulan penyiasatan.

[Kembali]

Penyiasatan Intergrasi Nasional 2011

Penyiasatan Integriti Nasional (PIN) telah dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) mulai tahun 2007 yang meliputi tiga (3) kumpulan sasaran iaitu Isi Rumah, Pertubuhan Ekonomi dan Penjawat Awam. Penyiasatan ini menggunakan kaedah temu ramah bersemuka sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Input daripada penyiasatan ini digunakan untuk membangunkan indeks komposit iaitu Indeks Integriti Nasional yang mengandungi enam (6) sub-indeks iaitu Indeks Persepsi Rasuah Malaysia, Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam, Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial, Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti, Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat dan Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia. Penyiasatan tahun ini turut mengambil kira elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Gagasan 1Malaysia.

[Kembali]

 
You are here