dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah

 

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR/KA)

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 1973. Bermula pada tahun 1987, Penyiasatan Kemudahan Asas (KA) telah dijalankan bersama dengan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan dikenali sebagai Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah/Kemudahan Asas (PPIR/KA). Penyiasatan yang terakhir dijalankan ialah pada tahun 2009. Objektif utama penyiasatan ini adalah untuk mengukur kesejahteraan ekonomi penduduk, mengumpul maklumat tentang pola taburan pendapatan isi rumah mengikut pelbagai ciri sosioekonomi; mengenalpasti golongan miskin; mengumpul maklumat tentang kemudahan asas yang dinikmati oleh isi rumah; dan menilai kesan pelaksanaan rancangan pembangunan negara.

[Kembali]

Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah

Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) pertama kali dilaksanakan pada tahun 1957/58. Mulai tahun 1993/94, HES telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sekali dan berikutnya pada tahun 1998/99. Penyiasatan terkini telah dijalankan pada tahun 2009/2010. Penyiasatan ini meliputi isi rumah persendirian di kawasan bandar dan luar bandar.

Objektif utama HES adalah untuk mengumpul maklumat tentang paras dan pola perbelanjaan penggunaan isi rumah ke atas pelbagai jenis barang dan perkhidmatan. Maklumat ini menjadi asas bagi menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dimasukkan ke dalam bakul Indeks Harga Pengguna (IHP). Ia juga digunakan untuk mengemaskini wajaran IHP yang mana IHP merupakan pengukur kepada kadar perubahan purata harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang tetap yang mewakili corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan, permintaan terhadap data daripada penyiasatan ini semakin meningkat dan kini digunakan untuk pelbagai tujuan. HES menjadi sumber maklumat yang tidak ternilai kepada sektor kerajaan dan swasta, penyelidik dan pelajar universiti.
 
You are here