dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Pembuatan

 

Penyiasatan Pembuatan Bulanan 2014

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Penyiasatan Pembuatan Bulanan bagi tahun 2014 mulai bulan rujukan Januari 2014. Penyiasatan ini meliputi 155 daripada 259 industri yang terdapat dalam Sektor Pembuatan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel dan web base. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun manakala tempoh melengkap dan mengembalikan satu salinan soal selidik atau mengisi secara online bagi setiap bulan rujukan adalah pada/sebelum 10 hb. bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2014, tarikh akhir penghantaran ialah pada 10 Februari 2014). Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat bagi keperluan Kerajaan dalam penganalisaan ekonomi semasa, perumusan dan pelaksanaan dasar serta pemantauan prestasi Sektor Pembuatan. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam dua penerbitan bulanan bertajuk "Indeks Pengeluaran Perindustrian, Malaysia" dan "Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penerbitan
[Kembali]

Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan 2013

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan 2013 bagi tahun rujukan 2012. Penyiasatan ini meliputi 259 industri yang terdapat dalam sektor pembuatan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor pembuatan bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk "Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penerbitan
[Kembali]

Penyiasatan Pertubuhan Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendinginan Udara 2013

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Pertubuhan Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendinginan Udara 2013 (Bagi Tahun Rujukan 2012). Penyiasatan ini meliputi 8 industri yang terdapat dalam sektor bekalan elektrik, gas, wap dan pendinginan udara (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor elektrik, gas, wap dan pendinginan udara bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul akan disiarkan dalam bentuk penerbitan yang boleh didapati daripada Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penerbitan
[Kembali]

Banci Ekonomi 2011 Sektor Pembuatan

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Ekonomi 2011 sektor Pembuatan bagi tahun rujukan 2010. Banci ini meliputi 259 industri yang terdapat dalam Sektor Pembuatan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008 ver. 1.0). Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama banci ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor pembuatan bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi

Penerbitan
[Kembali]

 
You are here