Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Pembinaan

Penyiasatan Pembinaan Suku Tahunan

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Penyiasatan Pembinaan Suku Tahunan 2014. Penyiasatan ini meliputi 72 industri yang terdapat dalam Sektor Pembinaan (berdasarkan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden terdiri daripada kontraktor utama yang dianugerahkan sekurang-kurangnya satu projek yang bernilai RM500,000 dan ke atas. Para responden diberi tempoh 15 hari untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang nilai kerja pembinaan untuk setiap projek yang dijalankan oleh kontraktor utama berkenaan. Data lain seperti tarikh mula projek, tarikh tamat projek dan peratus kerja disiapkan juga dikutip. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk ‘Statistik Pembinaan Suku Tahunan’.

[Kembali]

Penyiasatan Industri Pembinaan 2014

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Industri Pembinaan 2014 bagi tahun rujukan 2013. Penyiasatan ini meliputi semua pertubuhan terlibat dalam sektor pembinaan dan menjalankan aktiviti pembinaan sebagai kegiatan utama. Pemilihan sampel dibuat menggunakan kaedah pensampelan berkebarangkalian. Sebanyak 72 industri diliputi berdasarkan kategori yang dikelaskan di bawah Seksyen F – Pembinaan, Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008. Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama Penyiasatan ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai tambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor pembinaan untuk membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut boleh juga digunakan oleh pihak swasta serta individu bagi tujuan membuat analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk "Laporan Penyiasatan Industri Pembinaan" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penerbitan
[Kembali]


Banci Industri Pembinaan

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Banci Industri Pembinaan untuk setiap lima tahun. Penyiasatan ini meliputi 72 industri yang terdapat dalam Sektor Pembinaan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang menjalankan aktiviti pembinaan sebagai kegiatan utama. Para responden diberi tempoh 30 hari untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama banci ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor ini. Data yang diperoleh digunakan untuk membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut juga digunakan oleh pihak swasta serta individu bagi tujuan membuat analisis ekonomi.

 

You are here