Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Pembuatan

PERANGKAAN PEMBUATAN BULANAN MALAYSIA
mms2010

Muka Surat

102

HargaRM10.00

Data yang terdapat dalam penerbitan ini meliputi industri-industri terpilih dalam sektor pembuatan.

Data yang dipungut adalah melalui Penyiasatan Pembuatan Bulanan dan ia meliputi seluruh Malaysia.

Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk memberikan data aliran terkini bagi perangkaan utama di sektor pembuatan, khasnya data nilai jualan, bilangan pekerja bergaji, gaji & upah serta produk utama yang dibuat, dan dengan itu, dapat membantu pengguna dalam merangka dasar serta membuat keputusan.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

INDEKS PENGELUARAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA
ipp2014

Muka Surat

52

HargaRM7.00

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang terdapat dalam penerbitan ini meliputi sektor-sektor Perlombongan, Pembuatan dan Elektrik seperti yang ditakrifkan dalam Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (MSIC 2008).

IPP telah disusun buat kali pertama dengan menggunakan tahun 1968 sebagai tahun asas (1968 =100). Selepas itu, ia telah diasaskan semula kepada tahun 1981, 1985, 1988, 1993, 2000, 2005 dan kini kepada 2010.

Objektif utama IPP adalah untuk mengukur kadar perubahan sebenar pengeluaran komoditi perindustrian bagi satu tempoh masa dan, dengan itu dapat membantu pengguna dalam merangka dasar serta membuat keputusan.

Pesanan dan Pembelian

Muat Turun Percuma

 

BANCI EKONOMI 2006 MALAYSIA - PEMBUATAN


Muka Surat

164

HargaRM40.00

Banci Ekonomi sektor pembuatan meliputi semua pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti di Malaysia bagi tahun rujukan 2005. Banci Ekonomi 2006 merupakan banci kelapan selepas banci pertama dilaksanakan bagi tahun rujukan 1959. Bagi tempoh antara banci, penyiasatan industri pembuatan telah dilaksanakan secara tahunan. Data daripada banci ini menyediakan penanda aras maklumat bagi pertubuhan serta profil pengeluarannya.

Laporan ini merupakan ringkasan penemuan prestasi industri pembuatan di Malaysia bagi tahun rujukan 2005. Aspek teknikal berkaitan banci ini seperti objektif, liputan, definisi dan konsep yang digunakan dipersembahkan dalam laporan ini. Jadual terperinci juga dimasukkan dalam laporan ini untuk membolehkan pengguna membuat analisis.

Pesanan dan Pembelian

 

LAPORAN PENYIASATAN INDUSTRI PEMBUATAN TAHUNAN, MALAYSIA 2010
pembuatan_2010

Muka Surat

224

HargaRM40.00

Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan 2010 menyediakan ukuran utama kepada prestasi industri pembuatan Malaysia bagi tahun rujukan 2009. Laporan ini merupakan isu yang ke-50 selepas pungutan data kali pertama dijalankan bagi tahun rujukan 1959. Penerbitan ini bertujuan menyediakan perangkaan utama yang berkaitan dengan sektor pembuatan, selain mempersembahkan ringkasan penemuan dari penyiasatan.

 

Pesanan dan Pembelian

 

BANCI EKONOMI 2011, MALAYSIA - PEMBUATAN
BE2011-Pembuatan

Muka Surat

282

HargaRM25.00

Laporan ini memuatkan perangkaan bagi sektor Pembuatan. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2011 bagi tahun rujukan 2010.

Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil bancian dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

 

BANCI EKONOMI 2011, MALAYSIA - BEKALAN ELEKTRIK, GAS, WAP DAN PENDINGIN UDARA
BE2011-Pembuatan

Muka Surat

64

HargaRM25.00

Laporan ini memuatkan perangkaan bagi sektor Bekalan elektrik, gas, wap dan pendinginan udara. Maklumat yang disediakan adalah berdasarkan Banci Ekonomi yang dijalankan pada tahun 2011 bagi tahun rujukan 2010.

Data yang berkaitan dengan nilai output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, bilangan pekerja, gaji & upah dan nilai harta tetap diterbitkan dalam laporan ini. Data tersebut digunakan bagi tujuan membuat perancangan pembangunan dan penggubalan dasar serta bagi pengunjuran dan analisis ekonomi oleh kerajaan dan penyelidik.

Laporan ini mengandungi tiga bahagian. Penemuan daripada hasil bancian dibentangkan di bahagian pertama laporan ini. Aspek teknikal seperti objektif, skop dan liputan serta konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini dimuatkan di bahagian kedua laporan. Jadual-jadual perangkaan terperinci dipaparkan di bahagian ketiga bagi membolehkan pengguna membuat analisis.

You are here