dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Konsep dan Definisi


Imbangan Pembayaran

Imbangan Pembayaran adalah penyata statistik yang diringkaskan secara sistematik, bagi tempoh masa tertentu, transaksi ekonomi sesebuah ekonomi dengan negara lain di dunia.

 

Imbangan Perdagangan

Perbezaan antara nilai eksport dan import. Apabila eksport melebihi import, lebihan dagangan direkodkan manakala defisit pula dicatatkan apabila import melebihi eksport.

 

Banci

Pengumpulan semua statistik individu atau unit tertentu dalam sesebuah populasi pada sesuatu tempoh masa.

 

Harga C.I.F.

Harga C.i.f (i.e. kos, insurans dan harga tambang) ialah harga barang yang dihantar di sempadan negara yang mengimport, atau harga perkhidmatan yang dihantar kepada residen sebelum pembayaran sebarang duti import atau cukai import lain atau margin perdagangan dan pengangkutan di dalam negara.

 

Harga Malar

Harga Malar diperoleh melalui pemfaktoran terus perubahan atas masa dalam nilai aliran barang dan perkhidmatan kepada dua komponen yang mengambarkan perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan berkenaan dan perubahan dalam jumlahnya (i.e. perubahan dalam "terma harga malar").

 

Pembinaan

Pembinaan bermaksud pembinaan baru, pengubahsuaian, pembaikan dan perobohan. Pemasangan mana-mana jentera atau peralatan yang dipasang ketika pembinaan asal adalah diambil kira, demikian juga bagi pemasangan jentera atau peralatan selepas pembinaan asal tetapi memerlukan perubahan struktur bagi pemasangannya.

 

Bekerja

Semua orang yang bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji).

Juga dianggap sebagai bekerja ialah mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan disebabkan sakit, kecederaan, tiada upaya, cuaca buruk, bercuti, pertelingkahan buruh dan sebab-sebab sosial atau keagamaan tetapi mempunyai pekerjaan, ladang, perusahaan atau perusahaan keluarga lain untuk kembali bekerja. Termasuk juga mereka yang tidak bekerja buat sementara waktu tetapi bergaji dan pasti akan dipanggil bekerja semula.

Mereka yang sedang bekerja dan bekerja kurang dari 30 jam semasa minggu rujukan disebabkan bentuk kerja mereka atau disebabkan kurang kerja dan berkeupayaan serta sanggup menerima beban kerja tambahan dianggap sebagai guna tenaga tidak penuh dan dimasukkan dalam kategori bekerja.

 

Blok Penghitungan

Blok penghitungan (BP) adalah suatu kawasan geografi yang dibentuk untuk mengandungi antara 80 hingga 120 tempat kediaman. Pada amnya, ia mempunyai sempadan-sempadan seperti berikut:-

     • Sempadan semula jadi (seperti sungai)

     • Sempadan pentadbiran - seperti mukim atau sempadan daerah pentadbiran

     • Sempadan buatan manusia - seperti jalan raya dan landasan keretapi

     • Sempadan rekaan (garis lurus) yang menghubungkan sesuatu tempat di atas peta.

Bagi sesetengah keadaan, terdapat BP yang tidak mempunyai sempadan-sempadan yang jelas. BP itu mungkin hanya terdiri daripada beberapa lokaliti atau kampung sahaja yang sukar dihubungi melalui jalan raya, seperti:-

     • Kawasan perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia

     • Kawasan pendalaman luar bandar di Sabah dan Sarawak.

 

Eksport

Sesuatu barangan (keluaran atau buatan tempatan atau diimport untuk dieskport semula) dianggap sebagai eksport apabila ianya dibawa keluar dari negara (mengikut negara yang dituju).

Eksport dinilaikan mengikut f.o.b (free on board), iaitu nilai barangan di pasaran di sempadan perangkaan/kastam negara pengeksport, termasuk semua perbelanjaan pengangkutan ke sempadan tersebut, duti eksport dan duti lain yang kena bayar serta kos untuk memunggah barang ke atas alat pengangkutan kecuali kos terakhir itu ditanggung sendiri oleh pengangkut.

Bagi negara asal yang ditujui, eksport adalah dikelaskan mengikut negara yang ditujui, iaitu negara di mana barangan itu dijangka akan digunakan; berdasarkan sejauh mana maklumat ini dapat ditentukan pada masa ianya dieksport. Bagi barang yang dihantar dengan optional bill of lading, negara dimana pelabuhan pertama diketahui akan dikira sebagai negara yang ditujui. Bagi barangan yang dieksport melalui Singapura, jika maklumat mengenai negara yang ditujui tidak dapat ditentukan, maka eksport berkenaan adalah dimasukkan di bawah nilai eksport ke Singapura, iaitu di bawah kategori yang sama seperti barangan yang digunakan di Singapura.

 

Harga F.O.B.

Harga f.o.b. (free on board) ialah harga c.i.f tolak kos pengangkutan, bersama dengan bayaran insurans, di antara sempadan kastam negara pengeksport (pengimport) dan negara pengimport (pengeksport).

 

Keluaran Dalam Negeri Kasar - Berdasarkan Perbelanjaan

Keluaran dalam negeri kasar -berdasarkan penggunaan perbelanjaan ialah jumlah perbelanjaan akhir pada harga pembeli, tolak nilai f.o.b. barang dan perkhidmatan import.

 

Keluaran Dalam Negeri Kasar - Berdasarkan Pendapatan

Keluaran dalam negeri kasar - berdasarkan pendapatan ialah pampasan pekerja, tambah cukai tolak subsidi ke atas pengeluaran dan import, tambah pendapatan campuran kasar, tambah lebihan kendalian kasar.

 

Import

Sesuatu barang dianggap sebagai import apabila ianya dibawa masuk ke dalam negara, sama ada terus ataupun disimpan di gudang-gudang yang dikawal tanpa mengira sama ada barang tersebut adalah untuk kegunaan sendiri, diproses, digunakan dalam perkilangan ataupun untuk dieksport semula ke negara lain. Ia juga diistilahkan sebagai "import umum".

 

Tenaga Buruh

Tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari lahir terakhir) pada minggu rujukan, sama ada bekerja atau menganggur.

 

Pembuatan

Pembuatan ditakrifkan sebagai penukaran secara mekanikal atau kimia bagi bahan bukan organik atau organik kepada produk baru sama ada kerja itu dilakukan oleh jentera yang digerakkan oleh kuasa atau tangan, sama ada dilakukan di kilang atau di rumah pekerja, dan sama ada produk dijual secara borong atau runcit.

 

Perlombongan

Perlombongan adalah ditakrifkan sebagai pengekstrakan, pembersihan dan pemanafaatan mineral-mineral semulajadi, berbentuk pepejal seperti arang batu dan bijih, cecair seperti minyak mentah dan berbentuk gas seperti gas asli. Perlombongan termasuk lombong bawah tanah dan lombong permukaan, kuari dan telaga-telaga dan semua kegiatan tambahan untuk pembersihan dan pemanfaatan bijih dan mineral mentah lain seperti pemecahan, penapisan, pembasuhan, pembersihan, penggredan, pengilangan, pengapungan, peleburan, penggentelan, pengkacipan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi menyediakan bahan-bahan ini untuk membolehkannya dipasarkan. Kegiatan perlombongan juga dikelaskan kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan mineral utama yang dikeluarkan.

 

Keluaran

Keluaran terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan dalam pertubuhan yang boleh digunakan di luar pertubuhan itu.

 

Kepadatan Penduduk

Kepadatan penduduk sekilometer persegi telah dikira sebagai nisbah bilangan penduduk sesuatu kawasan geografi kepada keluasan dalam kilometer persegi bagi kawasan yang sama. Berikut ialah kadar pengiraan nisbah kepadatan penduduk:

               Bilangan penduduk dalam sesuatu kawasan                     
Keluasan dalam kilometer persegi bagi kawasan yang sama

 

Indeks Harga

Indeks harga ialah purata bagi perubahan berkadar dalam harga bagi set barang dan perkhidmatan tertentu antara dua tempoh masa.

 

Eksport Semula

Sesuatu barang dianggap sebagai eksport semula apabila ianya dibawa keluar dari negara dalam keadaan seperti mana ianya diimport tanpa mengalami sebarang perubahan rupa. Proses membungkus semula, menyisih atau menggred tidak dikira sebagai satu proses perubahan rupa.

 

Gaji & Upah Yang Dibayar

Gaji dan upah yang dibayar merujuk kepada pembayaran tunai, termasuk bonus, komisen, bayaran lebih masa, elaun kos sara hidup dan elaun-elaun yang dibayar kepada semua pekerja dalam tempoh tahun rujukan. Caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut dimasukkan, tetapi caruman oleh majikan dikecualikan. Elaun kepada pemilik yang bekerja, rakan niaga yang bekerja dan pekerja keluarga tidak bergaji juga dikecualikan.

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan adalah output yang dikeluarkan untuk pesanan dan kebiasaannya terdiri daripada perubahan dalam keadaan bagi penggunaan unit yang terjadi dengan aktiviti pengeluar pada permintaan pengguna; pada masa pengeluarannya telah selesai mereka perlu telah menyediakannya kepada pengguna.

 

Penyiasatan

Kaedah yang digunakan untuk mengutip data yang diperlukan daripada ahli atau unit terpilih yang mewakili sesebuah populasi.

 

Menganggur

Penganggur dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu penganggur aktif dan penganggur tidak aktif. Penganggur aktif termasuk mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan dalam minggu tersebut. Penganggur tidak aktif adalah seperti berikut:

a) mereka yang tidak mencari pekerjaan dalam minggu rujukan kerana percaya tidak terdapat pekerjaan atau pun tidak     berkelayakan;

b) mereka yang mungkin mencari pekerjaan jika tidak kerana sakit atau cuaca buruk;

c) mereka yang menunggu jawapan permohonan pekerjaan; dan

d) mereka yang telah mencari pekerjaan sebelum minggu rujukan.

 

Perdagangan Borong

Perdagangan borong ditakrifkan sebagai penjualan semula (tanpa pengubahsuaian) barangan baru dan barangan yang telah digunakan kepada peruncit, pengguna perindustrian, perdagangan, institusi atau profesional; atau kepada pemborong lain; atau menjual barangan dagangan kepada orang atau syarikat berkenaan.

 



||  Pemahaman Statistik  ||  Konsep dan Definisi  ||  Program Kesedaran Statistik  || 
||  Bahan Rujukan Statistik  ||  Kuiz  ||  Kerjaya  ||
You are here