dummy dummy

    RSSpodcasteBook Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia twitter twitter
    Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Banci dan Penyiasatan Semasa

 

Banci Estet Getah Bulanan 2010

Banci Estet Getah Bulanan dijalankan setiap bulan melalui mel. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap serta mengembalikan soal selidik adalah satu minggu selepas bulan rujukan iaitu pada/sebelum 7hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2010, tarikh akhir penghantaran ke Jabatan ialah pada 7 Februari 2010). Antara data yang dikumpul ialah keluasan ditanam/ditoreh, pengeluaran dan stok getah asli. Data ini diterbitkan dalam penerbitan bulanan bertajuk Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan Kerajaan.

[Kembali]

 
Banci Pemproses Getah Bulanan 2010


Banci Pemproses Getah Bulanan dijalankan setiap bulan melalui mel. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap serta mengembalikan soal selidik adalah satu minggu selepas bulan rujukan iaitu pada/sebelum 7hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2010, tarikh akhir penghantaran ke Jabatan ialah pada 7 Februari 2010). Antara data yang dikumpul ialah stok, pembelian dan penerimaan getah asli oleh pemproses getah. Data ini diterbitkan dalam penerbitan bulanan bertajuk Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan Kerajaan.

[Kembali]

 
Banci Pengguna Getah Bulanan 2010

Banci Pengguna Getah Bulanan dijalankan setiap bulan melalui mel. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap serta mengembalikan soal selidik adalah satu minggu selepas bulan rujukan iaitu pada/sebelum 7hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2010, tarikh akhir penghantaran ke Jabatan ialah pada 7 Februari 2010). Antara data yang dikumpul ialah stok, pembelian dan penggunaan getah asli. Data ini diterbitkan dalam penerbitan bulanan bertajuk Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan Kerajaan.

[Kembali]

 
Banci Estet Getah Tahunan

Banci Estet Getah Tahunan dijalankan dua tahun sekali. Banci ini meliputi semua estet getah di Malaysia. Banci dilaksanakan secara mel dengan menggunakan borang soal selidik. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan borang soal selidik tersebut. Antara data yang dikumpul ialah keluasan bertanam, pengeluaran, hasil, guna tenaga, gaji & upah serta perangkaan terperinci bagi estet getah. Data ini diterbitkan dalam penerbitan Estet Getah Tahunan yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan ini akan membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan, penggubalan dasar termasuk pemantauan pembangunan industri yang berasaskan getah.

[Kembali]


Banci Ekonomi Pertanian 2006

Banci Ekonomi Pertanian pertama kali diadakan pada tahun 2006 bagi tahun rujukan 2005. Jumlah rangka keseluruhan ialah lebih kurang 5,000 pertubuhan. Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian termasuk sub-sektor ternakan dan perikanan. Antara statistik yang dipaparkan adalah berkaitan dengan nilai output kasar yang dihasilkan, kos input, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap yang dimiliki dalam sektor pertanian. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

[Kembali]

 
Banci Pertubuhan Pertanian 2009


Tanaman

Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan 2009 - Tanaman dijalankan bagi tahun rujukan 2008. Banci ini dijalankan 2 tahun sekali. Jumlah rangka bagi pertubuhan terlibat dalam sektor tanaman adalah 9175. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh selama sebulan bagi melengkap serta mengembalikan soal selidik kepada Jabatan. Banci ini meliputi pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor tanaman. Antara maklumat yang dipungut adalah hasil, pengeluaran, stok, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

Penerbitan

Ternakan

Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan 2009 - Ternakan dijalankan bagi tahun rujukan 2008. Banci ini dijalankan 2 tahun sekali. Jumlah rangka bagi pertubuhan terlibat dalam sektor ternakan adalah 1141. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh selama sebulan bagi melengkap serta mengembalikan soal selidik kepada Jabatan. Banci ini meliputi pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor ternakan. Antara maklumat yang dipungut adalah hasil, pengeluaran, stok, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

Penerbitan

Perikanan

Banci Pertubuhan Pertanian Tahunan 2009 - Perikanan dijalankan bagi tahun rujukan 2008. Banci ini dijalankan 2 tahun sekali. Jumlah rangka bagi pertubuhan terlibat dalam sektor perikanan adalah 1788. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh selama sebulan bagi melengkap serta mengembalikan soal selidik kepada Jabatan. Banci ini meliputi pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Objektif utama banci ini adalah untuk mengumpul data dan maklumat pertubuhan pertanian yang terlibat secara langsung dalam sektor perikanan. Antara maklumat yang dipungut adalah hasil, pengeluaran, stok, guna tenaga, gaji & upah serta harta tetap. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk tujuan perancangan dan penggubalan dasar serta penganalisisan dalam sektor pertanian.

Penerbitan

[Kembali]

 
Banci Ekonomi Pembalakan 2006


Banci Ekonomi Pembalakan pertama kali dijalankan pada tahun 2006 bagi tahun rujukan 2005. Jumlah rangka keseluruhan ialah lebih kurang 1,300 pertubuhan. Pembalakan termasuk “penebangan kayu balak dan pengeluaran kayu dalam bentuk kasar seperti ‘pit props’ atau kayu api dan penarikan serta pengangkutan kayu balak di dalam hutan”. Ini termasuk pembalakan kayu getah. Konsep dan definisi yang digunakan dalam banci ini adalah selaras dengan Piawaian Klasifikasi Perindustrian Malaysia 2000.

Tujuan utama Banci Ekonomi Pembalakan ialah untuk mengumpul data dan maklumat bagi pertubuhan termasuk pelesen atau kontraktor yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pembalakan. Antara maklumat yang dikutip ialah nilai output kasar, kos input, bilangan pekerja, gaji & upah dibayar serta nilai harta tetap. Data yang diperoleh digunakan untuk tujuan perancangan, penggubalan dasar serta penganalisisan industri pembalakan.

[Kembali]

 
Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Industri Perlombongan Minyak Mentah dan Gas Asli Tahunan 2010 bagi tahun rujukan 2009. Banci ini meliputi Seksyen B (Perlombongan dan Pengkuarian) berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008. Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh dua (2) bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor perlombongan minyak mentah dan gas asli bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk Perangkaan Petroleum dan Gas Asli.

[Kembali]

 
Banci Ekonomi 2006 (Perlombongan dan Pengkuarian)


Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Ekonomi (Perlombongan dan Pengkuarian Batu) bagi tahun rujukan 2005 yang telah dijalankan pada 2006. Banci Industri Perlombongan Tahunan telah dilaksanakan semenjak tahun 1963, manakala Banci Industri Pengkuarian Batu bermula pada 1972. Bermula tahun 2000, Banci Ekonomi (Perlombongan dan Pengkuarian Batu) dijalankan sekali dalam 5 tahun. Banci ini meliputi 25 industri yang terdapat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2000). Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama Banci adalah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor perlombongan dan pengkuarian batu bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk Banci Ekonomi 2006 (Perlombongan dan Pengkuarian) yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

[Kembali]

 
Penyiasatan Pembuatan Bulanan 2010


Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Penyiasatan Pembuatan Bulanan bagi tahun 2010 mulai bulan rujukan Januari 2010. Penyiasatan ini meliputi 120 daripada 197 industri yang terdapat dalam Sektor Pembuatan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2000). Penyiasatan ini dijalankan secara mel dan web base. Borang soal selidik dikirim kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkap dan mengembalikan satu salinan soal selidik atau mengisi secara online bagi setiap bulan rujukan adalah pada/sebelum 10 hb. bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2010, tarikh akhir penghantarannya ialah pada 10 Februari 2010). Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat bagi keperluan Kerajaan dalam penganalisaan ekonomi semasa, perumusan dan pelaksanaan dasar serta pemantauan prestasi Sektor Pembuatan. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam dua penerbitan bulanan bertajuk "Indeks Pengeluaran Perindustrian, Malaysia" dan "Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

[Kembali]

 
Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan 2010 bagi tahun rujukan 2009. Penyiasatan ini meliputi 259 industri yang terdapat dalam sektor pembuatan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor pembuatan bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk "Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

[Kembali]

 
Banci Ekonomi 2006 Sektor Pembuatan

 

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Ekonomi 2006 sektor Pembuatan bagi tahun rujukan 2005. Banci ini meliputi 194 daripada 197 industri yang terdapat dalam Sektor Pembuatan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2000). Banci ini dijalankan secara mel. Responden diberi tempoh satu bulan untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama banci ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan sektor pembuatan bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara, jadual input-output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam penerbitan bertajuk "Banci Ekonomi 2006 (Pembuatan)" yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia.

[Kembali]

 
Penyiasatan Pembinaan Suku Tahunan 2010

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Pembinaan Suku Tahunan untuk setiap suku tahun. Penyiasatan ini meliputi 72 industri yang terdapat dalam Sektor Pembinaan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden terdiri daripada kontraktor utama yang dianugerahkan sekurang-kurangnya satu projek yang bernilai RM 500,000 dan ke atas. Para responden diberi tempoh 15 hari untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang nilai kerja pembinaan untuk setiap projek yang dijalankan oleh kontraktor utama berkenaan. Data lain seperti tarikh mula projek, tarikh tamat projek dan peratus kerja disiapkan juga dikutip. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan Akaun Negara dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh penggubal dasar, ahli ekonomi, perancang dan ahli akademik bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi.

[Kembali]

 
Penyiasatan Industri Pembinaan

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Penyiasatan Industri Pembinaan untuk setiap dua tahun. Penyiasatan ini meliputi 72 industri yang terdapat dalam Sektor Pembinaan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Responden terdiri daripada pertubuhan yang menjalankan aktiviti pembinaan sebagai kegiatan utama serta mempunyai nilai kerja pembinaan yang bernilai RM 500,000 dan ke atas. Para responden diberi tempoh 30 hari untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor ini. Data yang diperoleh digunakan untuk membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut juga digunakan oleh pihak swasta serta individu bagi tujuan membuat analisis ekonomi.

[Kembali]


Banci Industri Pembinaan

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan Banci Industri Pembinaan untuk setiap lima tahun. Penyiasatan ini meliputi 72 industri yang terdapat dalam Sektor Pembinaan (berdasarkan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia, 2008). Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang menjalankan aktiviti pembinaan sebagai kegiatan utama. Para responden diberi tempoh 30 hari untuk melengkap dan mengembalikan soal selidik kepada Jabatan ini. Objektif utama banci ini ialah untuk mengumpul maklumat tentang pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor ini. Data yang diperoleh digunakan untuk membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Maklumat tersebut juga digunakan oleh pihak swasta serta individu bagi tujuan membuat analisis ekonomi.

[Kembali]

 
Banci / Penyiasatan Pertubuhan Perkhidmatan 2009 (Tahun Rujukan 2008)

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan banci/penyiasatan secara tahunan/dua tahun sekali bagi sektor perkhidmatan terpilih di seluruh negara. Bagi tahun rujukan 2008, ia meliputi empat (4) sub-sektor perkhidmatan seperti dibawah:
  1. Penginapan
  2. Perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi
  3. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  4. Perkhidmatan pakar runding perniagaan dan pengurusan
Objektif utama penyiasatan adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang pertumbuhan, komposisi dan taburan output, nilai ditambah, guna tenaga dan pembolehubah lain bagi sektor ini bagi membantu kerajaan dalam perancangan pembangunan dan penggubalan dasar. Data yang diperoleh digunakan dalam penyusunan akaun negara, jadual input output dan kajian tertentu. Maklumat tersebut juga digunakan oleh ahli ekonomi, ahli akademik dan pihak swasta serta individu bagi tujuan unjuran dan analisis ekonomi.

[Kembali]

 
Penyiasatan Perdagangan Edaran Bulanan 2009


Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan Penyiasatan Perdagangan Edaran Bulanan bagi tahun 2009 mulai bulan rujukan Januari 2009. Penyiasatan ini dijalankan secara mel. Borang soal selidik dihantar kepada responden pada awal tahun dan tempoh melengkapkan dan mengembalikan satu salinan soal selidik bagi setiap bulan rujukan adalah pada/sebelum 10hb bulan berikutnya (contoh: bagi bulan rujukan Januari 2009, tarikh akhir penghantarannya ialah pada 10hb Februari 2009).

Objektif utama penyiasatan ini ialah untuk mengumpul maklumat terkini berkenaan struktur dan prestasi sektor Perdagangan Edaran bagi keperluan kerajaan dalam penganalisaan ekonomi semasa, perumusan dan pelaksanaan dasar serta pemantauan prestasi Sektor Perdagangan Edaran. Maklumat yang dikumpul disiarkan dalam empat penerbitan suku tahunan yang bertajuk “Penyiasatan Perdagangan Edaran Bulanan”.

[Kembali]

 
Penyiasatan Pelancongan Domestik (DTS) 2009

DTS bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan profil dan perbelanjaan pelancongan domestik di Malaysia. Penyiasatan ini dijalankan secara temu ramah yang melibatkan isi rumah di dalam sesuatu Tempat Kediaman (TK) dalam Blok Penghitungan (BP) terpilih. Sejumlah 4,902 BP telah dipilih yang meliputi 39,214 TK seluruh Malaysia dan diagih mengikut negeri. Dianggarkan 3,268 TK akan dilawati setiap bulan dalam penyiasatan ini.

[Kembali]

 
Banci Homestay

Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Banci Homestay dengan objektif untuk mengumpul maklumat berkaitan aktiviti homestay bagi membantu kerajaan dalam merancang dan merangka polisi sektor pelancongan di Malaysia. Homestay merupakan program inap desa di mana pelancong tinggal bersama keluarga tempatan dan merasai pengalaman sebenar cara hidup keluarga dan masyarakat setempat, bagaimana mereka menyedia dan menikmati hidangan, menjalankan pekerjaan harian, aktiviti masa lapang dan banyak lagi. Banci ini meliputi 98 penyelaras homestay yang telah dikenal pasti dengan jangkaan hampir 2,000 pengusaha homestay seluruh negara.

[Kembali]

 
Penyiasatan Pertubuhan Pelancongan 2009 (Tahun Rujukan 2008)

 

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan penyiasatan bagi 3 aktiviti ekonomi dalam industri pelancongan yang bertujuan untuk melihat sumbangan aktiviti berkenaan kepada ekonomi. Penyiasatan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan data untuk pembangunan Akaun Satelit Pelancongan (TSA). Adalah dianggarkan lebih 1,275 pertubuhan diliputi dalam penyiasatan ini. 3 aktiviti berkenaan adalah:

    a) Pusat Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE)
    b) Penjagaan Diri & Salus Per Aqua (SPA)
    c) Perkhidmatan Sewa Pandu Kenderaan

[Kembali]

 
Penyiasatan Perkhidmatan Suku Tahunan 2009

Mulai suku tahun kedua 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Penyiasatan Perkhidmatan Suku Tahunan 2009. Empat (4) subsektor akan diliputi di bawah penyiasatan ini bagi tahun 2009 iaitu:-
  1. Makanan dan Minuman
  2. Penginapan
  3. Maklumat dan Komunikasi
  4. Pengangkutan

Objektif penyiasatan ini dijalankan adalah bagi menyediakan input dalam menerbitkan Indeks Perkhidmatan Suku Tahunan, menyediakan maklumat bagi penyusunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Tahunan, mengukur tahap produktiviti dan menyediakan indikator jangka masa pendek perkhidmatan.

[Kembali]

 
  
Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan 2009

Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap suku tahunan semenjak 2004. Penyiasatan ini mengumpul maklumat tentang pandangan pihak pengurusan tertinggi daripada sejumlah 465 syarikat penting yang mewakili empat sektor utama di Malaysia, iaitu perindustrian, pembinaan, perdagangan borong & runcit dan perkhidmatan.. Ciri utama penyiasatan ini adalah untuk mengumpul maklumat tentang arah perubahan bagi pemboleh ubah ekonomi penting. Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan memungut maklumat kualitatif daripada pengurus perniagaan tentang penilaian mereka terhadap prestasi perniagaan bagi suku tahun yang lalu dan jangkaan bagi tiga dan enam bulan akan datang. Maklumat ini berguna bagi memantau keadaan ekonomi semasa.

[Kembali]

 
Penyiasatan Bersama Kedudukan Pelaburan Antarabangsa BNM-DOSM


Mulai suku tahun pertama, 2008, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menjalankan kutipan data secara usaha sama berkaitan kedudukan pelaburan antarabangsa (IIP) yang dikenali sebagai BNM-DOSM Joint Survey on International Investment Position (IIP). Laporan IIP ini menggantikan dua (2) laporan yang pernah dikeluarkan berikut:

• Penyiasatan Pelaburan dan Perkhidmatan Antarabangsa Suku Tahunan (PPPA) oleh DOSM; dan
• Laporan Suku Tahunan Aset dan Liabiliti Luar Negeri (EAL) oleh BNM.

Usaha sama kutipan data secara online menggunakan laman web BNM ini akan meningkatkan lagi kecekapan penyusunan data dan juga mengurangkan beban melapor oleh syarikat yang hanya perlu menghantar satu laporan sahaja. Data yang dikutip akan dikongsi bersama DOSM dan BNM yang mana DOSM bertanggungjawab sepenuhnya menyusun dan menyebar laporan imbangan pembayaran (BOP) dan laporan IIP.

[Kembali]

 
Banci/Penyiasatan Isi Rumah
 
Banci Pertanian 2005


Banci Pertanian 2005 telah dijalankan secara menyeluruh meliputi semua ahli isi rumah yang melaporkan pertanian sebagai pekerjaan utama sama ada sebagai majikan atau bekerja sendiri. Aktiviti pertanian merangkumi tanaman, ternakan, perikanan dan perkhidmatan pertanian. Banci dilaksanakan secara temu duga bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Banci ini dicadang diadakan 10 tahun sekali. Penemuan hasil banci boleh diperoleh daripada penerbitan Banci Pertanian 2005-Tanaman. Walau bagaimanapun, data berkaitan ternakan, perikanan dan perkhidmatan pertanian yang diterbitkan melalui penerbitan Banci Pertanian 2005-Ternakan, Banci Pertanian 2005-Perikanan serta Banci Pertanian 2005-Perkhidmatan Pertanian hanya untuk kegunaan dalaman sahaja dan tidak diterbitkan kepada umum. .

[Kembali]

Penyiasatan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa


Penyiasatan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa yang dijalankan secara suku tahunan telah dimula dilaksanakan pada suku pertama 2008 bagi komponen Pengangkutan. Penyiasatan ini meliputi enterpris yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan dan mempunyai urusniaga perdagangan antarabangsa.

Bagi komponen komunikasi, telekomunikasi, komputer & informasi, dan pembinaan & kejuruteraan berkaitan, penyiasatan ini mula dilaksanakan pada suku pertama 2009.

Metodologi pengumpulan data dibuat secara mel menggunakan borang soal selidik yang dihantar kepada responden setiap suku tahun. Responden diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dan mengembalikan soal selidik. Penyiasatan ini juga menggunakan kaedah pengumpulan data secara dalam talian berasaskan laman sesawang.

[Kembali]

 
Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) 2008

Objektif utama PTB dijalankan ialah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran. Di samping memberikan anggaran di peringkat nasional dan negeri, penyiasatan ini juga menyediakan data yang berguna secara berasingan bagi kawasan bandar dan luar bandar. PTB meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bagi negeri-negeri di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan menggunakan pendekatan isi rumah. Semua ahli isi rumah dalam tempat kediaman yang terpilih ditemu ramah bagi mendapatkan butir-butir demografi. Maklumat tenaga buruh pula dikumpulkan bagi ahli isi rumah yang berumur 15 tahun dan lebih. Selaras dengan keperluan pengguna bagi indikator yang terkini, PTB secara bulanan mula dilaksanakan sejak Januari 2004 bagi mengeluarkan indikator di peringkat nasional secara bulanan.

[Kembali]


Penyiasatan Migrasi 2008


Penyiasatan Migrasi dijalankan bersekali dengan PTB dan meliputi penduduk yang sama dengan PTB. Penduduk yang diliputi terdiri daripada ahli isi rumah berumur satu tahun dan lebih yang tinggal di tempat kediaman persendirian di Malaysia. Objektif utama Penyiasatan Migrasi ialah untuk memberikan anggaran pergerakan dan arah aliran penduduk di peringkat negeri. Selain itu, penyiasatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri sosio ekonomi migran dan bukan migran seperti umur, jantina, guna tenaga dan jenis pekerjaan di tempat destinasi. Skop data migrasi dalam penyiasatan terhad kepada migrasi tempoh tetap. Responden penyiasatan ini ditanya mengenai tempat tinggal biasa pada dua tarikh tertentu di mana tempoh di antara kedua tarikh tersebut genap setahun. Pertukaran lokaliti tempat tinggal biasa antara dua titik masa ini dianggap migrasi.

[Kembali]

 
Penyiasatan Gaji dan Upah 2008

Statistik mengenai gaji dan upah adalah merupakan maklumat penting pasaran buruh yang dapat digunakan bagi menilai taraf kehidupan dan keadaan kerja. Keperluan terhadap statistik berkaitan gaji, upah dan apa-apa jua bentuk ganjaran atas sesuatu kerja yang dilaksanakan semakin mendesak terutamanya bagi kegunaan perancangan ekonomi dan pembangunan sosial; penetapan polisi fiskal dan pendapatan; struktur upah, penggunaan buruh dan lain-lain. Melalui pendekatan isi rumah, maklumat gaji dan upah yang boleh diperoleh ialah purata gaji (basic wage rate) mengikut pekerjaan. Reka bentuk pensampelan berstrata dua peringkat telah digunakan dalam penyiasatan ini dengan saiz sampel sebanyak 24,000 tempat kediaman persendirian. Maklumat gaji dan upah hanya dipungut daripada responden yang berumur 15 tahun dan lebih yang status pekerjaannya adalah “Pekerja Kerajaan” atau “Pekerja Swasta”. Penyiasatan ini dijalankan pada bulan Januari, Februari dan Mac dengan tempoh rujukan ialah bulan sebelum bulan penyiasatan.

[Kembali]

 
Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR/KA)

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sejak tahun 1973. Bermula pada tahun 1987, Penyiasatan Kemudahan Asas (KA) telah dijalankan bersama dengan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan dikenali sebagai Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah/Kemudahan Asas (PPIR/KA). Penyiasatan yang terakhir dijalankan ialah pada tahun 2009. Objektif utama penyiasatan ini adalah untuk mengukur kesejahteraan ekonomi penduduk, mengumpul maklumat tentang pola taburan pendapatan isi rumah mengikut pelbagai ciri sosioekonomi; mengenalpasti golongan miskin; mengumpul maklumat tentang kemudahan asas yang dinikmati oleh isi rumah; dan menilai kesan pelaksanaan rancangan pembangunan negara.

[Kembali]

 
Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah

Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) pertama kali dilaksanakan pada tahun 1957/58. Mulai tahun 1993/94, HES telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sekali dan berikutnya pada tahun 1998/99. Penyiasatan terkini telah dijalankan pada tahun 2009/2010. Penyiasatan ini meliputi isi rumah persendirian di kawasan bandar dan luar bandar.

Objektif utama HES adalah untuk mengumpul maklumat tentang paras dan pola perbelanjaan penggunaan isi rumah ke atas pelbagai jenis barang dan perkhidmatan. Maklumat ini menjadi asas bagi menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dimasukkan ke dalam bakul Indeks Harga Pengguna (IHP). Ia juga digunakan untuk mengemaskini wajaran IHP yang mana IHP merupakan pengukur kepada kadar perubahan purata harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang tetap yang mewakili corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan, permintaan terhadap data daripada penyiasatan ini semakin meningkat dan kini digunakan untuk pelbagai tujuan. HES menjadi sumber maklumat yang tidak ternilai kepada sektor kerajaan dan swasta, penyelidik dan pelajar universiti.

[Kembali]

 
Pungutan Harga
 
Pungutan Harga Pengguna 2009

Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan pungutan harga pengguna pada setiap bulan di seluruh negara. Ia meliputi sejumlah 135 pusat pungutan harga iaitu 98 pusat pungutan harga di Semenanjung Malaysia, 19 pusat pungutan harga di Sabah dan 18 di Sarawak. Pegawai luar akan memungut harga bagi lebih kurang 460 item dari outlet-outlet yang terpilih. Tujuan utama pungutan harga ini adalah untuk mengumpulkan data harga yang dibayar oleh pengguna untuk item-item yang telah ditetapkan. Data ini digunakan untuk mengira Indeks Harga Pengguna. Indeks Harga Pengguna ini umumnya digunakan sebagai petunjuk kepada perubahan harga dan sebagai "proxy" kepada kadar inflasi dalam negara.

[Kembali]

 
Pungutan Harga Pengeluar 2009

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dibentuk untuk mengukur perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dan yang dibayar oleh pengimport bagi mengimport barangan ke Malaysia. IHPR meliputi lima sektor ekonomi berikut, iaitu Pertanian, Perikanan, Perlombongan, Pembuatan dan Bekalan Elektrik, Gas & Air. Indeks diagregatkan untuk pelbagai aktiviti ekonomi untuk menghasilkan indeks di paras yang diperlukan bagi pelbagai sektor industri. Satu koleksi komoditi yang pelbagai telah dipilih untuk mewakili pelbagai sektor ekonomi dan harga bagi komoditi ini dipungut setiap bulan . Sejumlah 820 item komoditi digunakan dalam penyusunan indeks harga pengeluar tempatan, manakala 1,188 item komoditi digunakan bagi indeks harga import.

[Kembali]

 
Penyiasatan Sewa Rumah 2009


Sewa rumah adalah salah satu daripada perkhidmatan utama yang dibuat pungutan harga dan diambilkira dalam pengiraan Indeks Harga Pengguna. Penyiasatan Sewa Rumah dijalankan secara suku tahunan iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Tempoh penyiasatan ialah satu bulan iaitu bulan rujukan berkaitan yang mana Jabatan Perangkaan Negeri (JPN) boleh memilih tarikh yang sesuai untuk menjalankan penyiasatan. Terdapat dua jenis borang yang digunakan untuk memungut harga sewa rumah iaitu Borang 48A dan 48B.


Sewa yang dipungut adalah sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa kepada pemilik rumah pada bulan rujukan. Jenis tempat kediaman (TK) yang dipungut harga ialah dari lapan kategori iaitu Rumah berasingan setingkat; Rumah berasingan dua tingkat; Rumah berkembar setingkat; Rumah berkembar dua tingkat; Rumah teres setingkat; Rumah teres dua tingkat; Apartmen / kondominium dan Flat kos rendah / rumah kedai. Harga sewa ini dipungut dari satu panel tempat kediaman yang telah dipilih oleh JPN. Tangkapan data dilaksanakan di JPN dengan menggunakan Sistem Indeks Harga Pengguna (SIHP) yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Proses pengiraan indeks sewa pula dilaksanakan di Bahagian Butiran Perkara dengan menggunakan program yang dibangunkan oleh Bahagian.

[Kembali]

 
Banci Penduduk dan Perumahan
 
Banci Penduduk dan Perumahan 2000

Banci Penduduk dan Perumahan dijalankan setiap 10 tahun sekali. Banci terakhir yang dijalankan adalah pada tahun 2000. Banci dijalankan secara temuramah bersemuka. Data yang dikumpul termasuk bilangan serta pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi penduduk dan isi rumah diperoleh dari Banci tersebut. Maklumat berkenaan stok perumahan, ciri-ciri struktur rumah serta kemudahan di tempat kediaman juga dikumpul. Data Banci diterbitkan dalam pelbagai laporan mengikut topik tertentu yang boleh diperoleh dari Unit Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia. Perangkaan tentang penduduk dan perumahan digunakan sebagai input dalam perancangan pembangunan, penggubalan dasar dan polisi kerjaan serta untuk pelbagai pengguna lain. Banci akan datang dijangka dilaksanakan pada 2010.

[Kembali]


Penyiasatan Antara Banci

Penyiasatan Antara Banci (PAB) akan dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2015. PAB adalah satu penyiasatan sampel yang meliputi sample blok-blok penghitungan terpilih di mana setiap tempat kediaman, isi rumah dan penduduk akan dihitung. Laporan PAB akan digunakan sebagai input kepada perkiraan anggaran dan unjuran penduduk semasa.

[Kembali]


Penyiasatan Penilaian Liputan Banci

Penyiasatan Penilaian Liputan Banci (PPLB) adalah satu penyiasatan sampel berdasarkan kepada sampel blok-blok penghitungan di mana setiap tempat kediaman, isi rumah dan penduduk akan dihitung semula selepas pelaksanaan Banci. Kutipan data ini adalah independent dari Banci. PPLB merangkumi seluruh Malaysia, kecuali penduduk yang tinggal di tempat kediaman beramai-ramai untuk mengelakkan masalah operasi. Tujuan PPLB dilaksanakan adalah untuk menganggarkan ralat liputan dan nilai ralat kandungan pada Banci. PPLB dijadikan panduan dalam memperbaiki perancangan dan pelaksanaan Banci dan penyiasatan pada masa akan datang.

[Kembali]

 
You are here