Font Size decrease font size reset font size increase font size + Change default theme Change blue theme Change green theme

Tenaga Buruh dan Perangkaan Sosial

LAPORAN PENYIASATAN TENAGA BURUH MALAYSIA 2011
PTB_2001
Muka Surat

288

HargaRM60.00

Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, 2011 membentangkan data tahunan berkaitan ciri-ciri tenaga buruh, pengangguran dan struktur guna tenaga berdasarkan penyiasatan yang dijalankan secara bulanan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Maklumat yang diperoleh daripada penyiasatan ini digunakan sebagai input untuk menganalisis situasi pasaran buruh, menggubal dasar serta merancang, melaksana dan memantau program berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.

Laporan ini turut memuatkan maklumat guna tenaga dan tenaga buruh di peringkat negeri. Diharapkan laporan ini dapat memenuhi keperluan pengguna untuk data tenaga buruh yang komprehensif dan terkini.

Pesanan dan Pembelian

LAPORAN PENYIASATAN MIGRASI MALAYSIA 2012
MSR2012

Muka Surat

56

Harga
RM20.00

Laporan Penyiasatan Migrasi, Malaysia, 2012 membentangkan anggaran pergerakan, arah aliran dan magnitud penduduk di peringkat negeri serta maklumat ciri demografi dan sosioekonomi migran yang diperoleh daripada Penyiasatan Migrasi 2012.

Migrasi atau pergerakan penduduk merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perubahan struktur penduduk kesan daripada perubahan situasi ekonomi dan sosial sesuatu kawasan dalam tempoh tertentu. Pada amnya, arah aliran dan ciri migran yang berbeza akan memberi impak yang berlainan bagi negeri/kawasan asal dan destinasinya. Maklumat yang dibentangkan dalam laporan ini diharap dapat membantu perancang dan pengkaji dalam melihat ciri-ciri penduduk migran dan bukan migran, seterusnya menjadi input kepada perancangan dan pembangunan sosioekonomi negara.

Pesanan dan Pembelian

PROFIL MIGRAN, MALAYSIA 1992 - 2003

Muka Surat

118

HargaRM20.00

Laporan Profil Migran, Malaysia, 1992-2003 membentangkan data siri masa hasil daripada Penyiasatan Migrasi. Laporan ini juga memberikan arah aliran dan magnitud migran, ciri-ciri demografi dan sosial serta aktiviti ekonomi migran dengan tumpuan kepada migran secara keseluruhan, migrasi belia dan wanita.

Migrasi atau pergerakan penduduk merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk dan memberi kesan kepada ekonomi dan sosial sesuatu kawasan dalam sesuatu tempoh. Pada amnya, arah aliran dan ciri migran yang berbeza, memberi impak yang berlainan bagi negeri atau kawasan asal dan destinasinya. Maklumat yang dibentangkan dalam laporan ini diharapkan dapat membantu pengkaji dan perancang dalam melihat ciri-ciri penduduk serta migran.

Pesanan dan Pembelian

BULETIN PERANGKAAN SOSIAL, MALAYSIA 2012
buletin_perangkaan_malaysia10

Muka Surat

198

HargaRM40.00

Penerbitan ini menyediakan maklumat mengikut bidang utama sosial iaitu penduduk, perumahan, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kebajikan, keselamatan awam, guna tenaga dan perhubungan & rekreasi. Bagi tahun 2012, satu bidang baru telah ditambah iaitu luas kawasan.

Bidang-bidang ini telah dikenal pasti antara bidang asas yang digunakan dalam mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan sosial. Penunjuk sosioekonomi bagi ASEAN dan negara-negara terpilih turut disertakan sebagai rujukan bagi perbandingan di peringkat antarabangsa.

Pesanan dan Pembelian

BANK DATA NEGERI/DAERAH, MALAYSIA 2012
bankdata2009

Muka Surat

332

Harga
RM40.00

Maklumat sosial dan ekonomi di peringkat mikro menjadi fokus dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan sosial. Laporan Bank Data Negeri/Daerah, Malaysia, 2012 menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri dan daerah.

Maklumat luas kawasan, penduduk, guna tenaga, keselamatan awam, kesihatan, pendidikan, pengangkutan awam, komunikasi, perumahan, perkhidmatan kebajikan serta maklumat ekonomi di peringkat negeri dan daerah dapat mencerminkan kesejahteraan hidup serta peluang pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA BANK DATA NEGERI / DAERAH, MELAKA 2000 - 2004

Muka Surat

196

HargaRM25.00

Penunjuk Siri Masa Bank Data Negeri/Daerah, Melaka, 2000 - 2004 menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri/daerah.

Maklumat penduduk, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan awam serta maklumat ekonomi di peringkat negeri/daerah mencerminkan kesejahteraan hidup dan peluang yang wujud untuk pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA DATA BANK NEGERI / DAERAH, PERLIS 2000 - 2004

Muka Surat

111

HargaRM20.00

Data dan maklumat sosial dan ekonomi di peringkat mikro menjadi fokus dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan sosial. Laporan Penunjuk Siri Masa Bank Data Perlis, 2000 - 2004, menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri.

Maklumat penduduk, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan awam serta maklumat ekonomi di peringkat negeri mencerminkan kesejahteraan hidup dan peluang yang wujud untuk pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA DATA NEGERI / DAERAH, W.P KUALA LUMPUR 2000 - 2004

Muka Surat
110
HargaRM20.00

Laporan Penunjuk Siri Masa Bank Data W.P. Kuala Lumpur, 2000 - 2004 menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri.

Maklumat penduduk, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan awam serta maklumat ekonomi di peringkat negeri mencerminkan kesejahteraan hidup dan peluang yang wujud untuk pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA BANK DATA NEGERI/DAERAH NEGERI SEMBILAN 2000-2004

Muka Surat

233

HargaRM25.00

Data dan maklumat sosial dan ekonomi di peringkat mikro menjadi fokus dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan sosial. Penunjuk Siri Masa Bank Data Negeri/Daerah, Negeri Sembilan, 2000-2004 menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri/daerah.

Maklumat penduduk, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan awam serta maklumat ekonomi di peringkat negeri/daerah mencerminkan kesejahteraan hidup dan peluang yang wujud untuk pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA BANK DATA NEGERI/DAERAH NEGERI PULAU PINANG 2000-2004

Muka Surat

199

HargaRM25.00

Data dan maklumat sosial dan ekonomi di peringkat mikro menjadi fokus dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan sosial. Penunjuk Siri Masa Bank Data Negeri/Daerah, Pulau Pinang, 2000-2004, menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri/daerah.

Maklumat penduduk, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan awam serta maklumat ekonomi di peringkat negeri/daerah mencerminkan kesejahteraan hidup dan peluang yang wujud untuk pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA BANK DATA NEGERI / DAERAH, TERENGGANU 2000-2007

Muka Surat

211

HargaRM40.00

Data sosial dan ekonomi di peringkat mikro menjadi fokus dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan sosial. Penunjuk Siri Masa Bank Data Negeri/Daerah, Terengganu, 2000-2007 menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri/daerah.

Maklumat penduduk, alam sekitar, pendidikan, kesihatan, keselamatan, pengangkutan awam serta maklumat ekonomi di peringkat negeri/daerah mencerminkan kesejahteraan hidup dan peluang yang wujud untuk pembangunan penduduk melalui kemudahan dan sumber yang tersedia. Laporan ini akan terus dikemas kini dengan maklumat tambahan sekiranya terdapat data yang lebih komprehensif di peringkat mikro.

Pesanan dan Pembelian

PENUNJUK SIRI MASA BANK DATA NEGERI / DAERAH, KEDAH 2000-2007

Muka Surat

277

HargaRM40.00

Data sosial dan ekonomi di peringkat mikro menjadi fokus dalam perancangan pembangunan dan penyelidikan sosial. Penunjuk Siri Masa Bank Data Negeri/Daerah, Kedah, 2000-2007 menyediakan pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk memberi gambaran keseluruhan di peringkat negeri/daerah.

You are here