Bagaimanakah banci dijalankan?

Temu ramah bersemuka
temuramah
  • Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat.

Drop-off dan Pick-up (DOPU)

doku1

  • Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri soal selidik berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh dan masa yang dipersetujui dalam tempoh tiga (3) hari selepas drop-off untuk mengambil semula (pick-up) soal selidik yang telah lengkap diisi.

 

e-Census
ecensus1
  • Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan http://www.statistics.gov.my. Responden perlu mendapatkan Butir-butir Pengenalan (ID) daripada pembanci yang akan melawat tempat kediaman untuk membekalkan Kit Banci. Responden perlu menggunakan  ID yang dibekalkan untuk mengakses ke sistem e-Census.