Mengapa perlu banci?
- Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia mengumpul maklumat penduduk dan perumahan meliputi pelbagai ciri demografi, sosial dan ekonomi.
- Banci ini juga menyediakan maklumat tentang jumlah stok tempat kediaman dan kemudahan serta keperluan asas perumahan yang tersedia.
- Data yang dikumpul akan membekalkan set maklumat statistik yang komprehensif mengenai arah aliran kependudukan, sosial dan ekonomi.
- Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa.
