ISI RUMAH (IR)

ISI RUMAH (IR)

IR terdiri daripada orang yang bersaudara dan/atau yang tidak bersaudara yang biasa tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makanan dan keperluan hidup lain.

Ciri-ciri Isi Rumah (IR)

  • Sesebuah IR boleh mengandungi beberapa ahli atau mungkin seorang ahli sahaja.
  • Sesebuah IR membayar peruntukan untuk makanan daripada  sebahagian pendapatan yang dikumpul dan membuat penyediaan yang sama untuk keperluan-keperluan asas hidup lain;

  • Orang di dalam sesebuah IR mungkin bersaudara atau tidak bersaudara atau gabungan kedua-duanya sekali; dan
  • Biasanya satu IR mendiami sebuah TK. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat lebih daripada satu IR yang mendiami sesebuah TK.

Kembali