| TEMPAT KEDIAMAN (TK) |
||
|
|
(i) Maksud Tempat Kediaman: Tempat kediaman ditakrifkan sebagai struktur yang berasingan dan bebas yang lazimnya digunakan untuk tempat tinggal. Takrifan bagi perkataan berasingan dan bebas adalah seperti berikut: Berasingan Struktur dianggap sebagai berasingan jika ia dikelilingi oleh dinding, pagar dan ditutupi oleh bumbung. Bebas Struktur dikatakan bebas apabila ia mempunyai jalan masuk secara terus dari tangga umum, tempat lalu lintas ataupun ruang lapang iaitu penghuni boleh masuk atau keluar dari tempat kediaman mereka tanpa melalui perkarangan orang lain. |
|